Keputusan GCE A akan dikeluarkan pada 27 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MOE)
SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan GCE Peringkat A 2025 akan dikeluarkan pada 27 Februari pada pukul 2.30 petang, dengan para pelajar akan menerima keputusan mereka daripada sekolah masing-masing.
Butiran mengenai pengambilan keputusan itu akan dikongsikan oleh sekolah masing-masing, menurut kenyataan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Jumaat (20 Feb).
Para pelajar yang tidak dapat mengambil keputusan mereka secara fizikal boleh mengaksesnya secara online melalui portal calon SEAB mulai 3.15 petang pada hari yang sama hingga pukul 11.00 malam pada 13 Mac.
Mereka yang layak bagi Singpass boleh menggunakan akaun itu untuk mengakses portal tersebut.
Mereka yang merupakan pelajar antarabangsa akan menerima nama pengguna yang dijana sistem tersebut melalui kiriman emel mulai 25 Februari.
Para pelajar juga boleh melantik wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan peperiksaan tersebut dari sekolah bagi pihak mereka, menurut MOE dan SEAB.
Wakil perlu mengemukakan dokumen relevan bagi pengesahan pihak sekolah.
Pelajar juga boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan bantuan jika tidak dapat melantik wakil.
Calon privet yang layak bagi Singpass juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara online melalui portal calon SEAB mulai pukul 3.15 petang pada 27 Februari.
Mereka yang tidak layak bagi Singpass boleh menyemak keputusan mereka menggunakan akaun yang diwujudkan semasa pendaftaran peperiksaan.
Pelajar yang ingin memohon kemasukan atau biasiswa ke universiti boleh mengemukakan permohonan secara online melalui laman web institusi masing-masing.
Tidak perlu menghantar salinan fizikal sijil GCE A, menurut pihak berkuasa.
Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web institusi berkenaan dan pelajar boleh menghubungi universiti secara langsung bagi penjelasan lanjut.
Pelajar yang memerlukan panduan mengenai laluan pendidikan boleh mendapatkan nasihat daripada guru atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di sekolah masing-masing.
Mereka juga boleh membuat janji temu kaunseling ECG secara online atau melalui telefon.
Perkhidmatan ini disediakan dari 23 Februari hingga 19 Mac, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari biasa dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada Sabtu.
Selain itu, pelajar boleh merujuk kepada 'CourseFinder' MOE atau portal MySkillsFuture untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai pilihan pendidikan dan kerjaya yang disediakan, bagi membantu membuat keputusan yang lebih berhemah tentang langkah seterusnya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.