Keputusan GCE 'A' akan dikeluarkan pada 21 Feb
Keputusan Peperiksaan GCE A 2024 akan dikeluarkan pada 21 Feb pukul 2.30 petang, dengan para pelajar akan menerima keputusan mereka dari sekolah masing-masing.
Para pelajar menerima keputusan GCE 'A' mereka. (Gambar fail: MOE)
Butiran mengenai pengambilan keputusan itu akan dikongsi oleh sekolah masing-masing, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (14 Feb).
Para calon sekolah yang tidak dapat mengambil keputusan mereka sendiri boleh mengakses keputusan mereka secara online melalui portal SEAB dari pukul 3.15 petang pada hari yang sama sehingga 11.00 malam pada 7 Mac.
Mereka yang layak untuk Singpass boleh menggunakan akaun mereka untuk mengakses portal tersebut. Para calon sekolah yang merupakan pelajar antarabangsa akan menerima nama pengguna yang dijana sistem tersebut melalui emel mulai 19 Feb.
Para pelajar juga boleh melantik wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan mereka bagi pihak mereka daripada sekolah, kata MOE dan SEAB. Wakil tersebut mesti mengemukakan dokumen yang relevan untuk pengesahan pihak sekolah apabila berbuat demikian.
Calon sekolah juga boleh menghubungi sekolah mereka untuk mendapatkan bantuan jika mereka tidak dapat melantik seorang wakil.
Calon privet yang layak untuk Singpass juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara online melalui portal calon SEAB mulai pukul 3.15 petang pada 21 Feb. Mereka yang tidak layak untuk Singpass boleh melihat keputusan mereka menggunakan akaun yang mereka buat semasa mendaftar bagi peperiksaan tersebut.
Pelajar yang ingin memohon kemasukan atau biasiswa ke universiti berautonomi hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui laman web institusi masing-masing. Tidak perlu menyerahkan salinan cetak sijil GCE A, menurut pihak berkuasa.
Mereka boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di laman web institusi-institusi berkenaan dan menghubungi pihak universiti secara langsung untuk penjelasan lanjut.
Pelajar yang memerlukan bimbingan tentang laluan pendidikan boleh menghubungi guru mereka atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) yang menyokong sekolah mereka.
Mereka juga boleh membuat janji temu ECG untuk khidmat kaunseling secara online atau melalui panggilan telefon. Perkhidmatan ini akan tersedia dari 17 Feb hingga 19 Mac, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari-hari biasa dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari Sabtu.
Selain itu, pelajar boleh merujuk kepada CourseFinder MOE atau portal MySkillsFuture untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian pendidikan dan laluan kerjaya yang tersedia untuk mereka, untuk membuat keputusan yang berhemah tentang langkah seterusnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.