Skip to main content

Singapura

Keputusan GCE A: 93.5% lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE A: 93.5% lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

Seorang pelajar mengambil keputusan A level. (Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

Diterbitkan : 22 Feb 2022 04:44PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 04:46PM

SINGAPURA: Sekitar 93.5 peratus calon memperolehi sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2 dalam peperiksaan GCE Peringkat A tahun lalu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Selasa (22 Feb).

Seramai 11,070 calon menduduki peperiksaan GCE Peringkat A tahun lalu, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media.

Daripada jumlah tersebut 10,353 pelajar, atau 93.5 peratus lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2, termasuk dalam Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan.

“Kadar kelulusan ini adalah setanding dengan prestasi calon dalam Peperiksaan GCE Peringkat A pada tahun-tahun sebelumnya, walaupun diuji dengan pandemik COVID-19,” menurut MOE dan SEAB.

Disebabkan COVID-19, pihak sekolah mengaturkan agar pelajar menerima keputusan mereka di
bilik darjah masing-masing.

Calon persendirian pula menerima keputusan mereka melalui pos seperti tahun-tahun sebelumnya.

Semua calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka melalui Portal Calon SEAB.

Pelajar yang berminat untuk membuat pendaftaran atau memohon biasiswa di universiti autonomi (AU) perlu menghantar permohonan mereka secara online, kata MOE dan SEAB.

Mereka tidak perlu menyerahkan salinan cetak sijil keputusan GCE A mereka.

Butiran lanjut mengenai proses kemasukan dalam AU boleh diperolehi di laman universiti masing-masing. Pemohon juga boleh pergi langsung ke AU pilihan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Lulusan GCE A yang layak dan menimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di politeknik boleh memilih untuk dikecualikan daripada modul dalam sekitar 120 kursus.

Ini akan mengurangkan tempoh masa mereka mendapatkan diploma politeknik sehingga satu tahun, kata pihak berkuasa.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan langsung ke politeknik
mulai 22 Feb hingga 7 Mac untuk kemasukan pada April tahun ini.

Butiran lanjut boleh disediakan di laman politeknik masing-masing.

Pelajar juga boleh bertanya kepada guru mereka atau kaunselor Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya (ECG) di sekolah mereka untuk mendapatkan panduan mengenai pilihan pendidikan mereka.

Mereka juga boleh merujuk ke portal MySkillsFuture untuk maklumat lebih lanjut mengenai pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita