Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE A: 93.4% pelajar lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

Sekitar 93.4 peratus pelajar meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 bagi peperiksaan GCE A tahun lalu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat (21 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE A: 93.4% pelajar lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

(Gambar fail: MOE)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 04:22PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 04:23PM

SINGAPURA: Sekitar 93.4 peratus pelajar meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 bagi peperiksaan GCE A tahun lalu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat (21 Feb).

Secara keseluruhannya, 12,405 pelajar menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu dengan 11,583 calon menerima sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 termasuk kelulusan bagi Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan. Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

"Prestasi para calon bagi kohort ini setanding dengan prestasi kohort 2018," tambah kenyataan bersama itu.

Mulai tahun ini, semua calon Peringkat A yang merupakan warga Singapura dan penduduk tetap akan menerima sijil digital dalam format OpenCerts.

Sijil itu akan disediakan menerusi Pasport Kemahiran MySkillsFuture mulai Isnin (24 Feb). Calon pelajar dengan SingPass boleh mengakses portal itu dan menyerahkan sijil digital mereka secara elektronik untuk membuat permohonan kepada universiti-universiti.

Calon sekolah yang merupakan pelajar antarabangsa dan tidak boleh mengakses portal itu boleh mengirimkan emel kepada SEAB untuk meminta salinan sijil digital mereka.

Para pelajar yang membuat permohonan online bagi kemasukan dan biasiswa universiti autonomi tidak perlu menyerahkan salinan sijil Peringkat A mereka.

Akibat penularan COVID-19, universiti-universiti autonomi juga akan membuat pengaturan alternatif bagi sebarang penilaian untuk kemasukan jika pemohon tidak dapat membuat pendaftaran secara peribadi.

Lulusan Peringkat A yang layak yang ingin melanjutkan pengajian di politeknik boleh meraih menfaat daripada pengecualian modul dalam 120 kursus. Ini akan mengurangkan sehingga satu tahun bagi tempoh yang diambil mereka untuk memperolehi sijil diploma politeknik.

Para pelajar yang ingin mendaftarkan diri di politeknik-politeknik tempatan boleh berbuat demikian melalui lelaman politeknik masing-masing pada pertengahan Ogos bagi matrikulasi pada Oktober nanti. Butiran permohonan akan disediakan di laman web politeknik masing-masing selewat-lewatnya pada Mac. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan