Kepulangan atlet Paralimpik SG disambut meriah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Atlet Paralimpik Singapura pulang ke tanah air sekitar pukul 6.00 pagi Selasa (10 Sep).
Ketibaan mereka di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi disambut oleh tepukan gemuruh dan sorakan oleh sekitar 100 anggota keluarga dan para penyokong.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong turut hadir untuk menyambut kepulangan kontinjen itu.
Atlet Paralimpik Singapura menggulung temasya sukan itu dengan tiga pingat iaitu dua pingat emas dan satu pingat perak.
Abang kepada perenang Yip Pin Xiu, isteri dan dua anak lelakinya turut hadir untuk menjemput atlet tersebut.
"Cara dia membuka laluan untuk sukan bagi orang kurang upaya, ia adalah satu pencapaian yang sangat terpuji," katanya.
“Ini adalah Paralimpik kelimanya dan di masih mengekalkan (standardnya) dan masih bermain dengan baik. Ia membuktikan daya tahannya yang kami, sebagai anggota keluarganya turut saksikan.”

Turut hadir di lapangan terbang adalah ibu bapa, nenek dan saudara mara Jeralyn Tan.
"Dia melakukan yang terbaik. Saya menyaksikan semua perlawanannya ... Saya bersorak untuknya," kata Cik Lim Tuah Moi, nenek kepada Tan.

Pencapaian mereka akan diraikan dalam satu perarakan bas terbuka pada Sabtu (14 Sep) ini.
Perarakan bas itu akan membawa para atlet melalui empat titik sorakan iaitu di Chinatown, Orchard Road, Serangoon Road dan Victoria Street.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.