Kepuasan terhadap kebersihan awam turun kepada 91%, tandas & kawasan kejiranan catat penurunan terbesar
Anggaran Waktu Membaca:
Sampah dilihat di lantai blok HDB Toa Payoh, 5 Mac 2024.
- Tinjauan oleh SMU mendapati tahap kepuasan terhadap kebersihan tempat awam di Singapura menurun kepada 91 peratus pada 2025, dengan kawasan kejiranan mencatat penurunan terbesar.
- Kepuasan terhadap kebersihan tandas awam, terutama di kedai kopi dan pusat penjaja, turut merosot walaupun pelbagai usaha penambahbaikan telah dijalankan.
- Faktor utama penurunan termasuk jangkaan masyarakat yang lebih tinggi, peningkatan sampah, dan cabaran penyelenggaraan, namun rasa tanggungjawab peribadi terhadap kebersihan semakin meningkat.
- Walaupun ramai menyokong usaha menjaga kebersihan, kesediaan menjadi sukarelawan atau membayar lebih untuk khidmat pembersihan menurun, menunjukkan perlunya galakan dan penglibatan masyarakat yang lebih berterusan.
SINGAPURA: Tahap kepuasan terhadap kebersihan tempat awam di Singapura merosot kepada 91 peratus pada 2025, berbanding 94 peratus pada 2023, menurut satu kajian yang dikeluarkan pada Jumaat (4 Sep).
Antara enam kategori yang ditinjau, kawasan kejiranan mencatat penurunan terbesar.
Tahap kepuasan terhadap kebersihan tandas awam juga merosot dengan ketara.
Para penyelidik berkata penurunan itu mungkin sebahagiannya disebabkan jangkaan orang ramai yang semakin tinggi selepas rakyat Singapura terbiasa dengan tahap kebersihan yang lebih baik sejak beberapa tahun lalu.
Walaupun menurun, kadar kepuasan terkini masih jauh lebih tinggi berbanding 2017, apabila hanya 82 peratus berpuas hati dengan kebersihan tempat awam dalam tinjauan pertama.
Tinjauan Kepuasan Kebersihan Awam 2025 dijalankan oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan merupakan edisi ketujuh kajian tersebut.
Kajian itu diketuai Profesor Sosiologi (Amalan) Paulin Tay Straughan dan Dr Mathew Mathews, Zamil Penyelidik Utama di Institut Kajian Dasar (IPS).
Seramai 2,007 warga Singapura dan Penduduk Tetap berusia 21 tahun ke atas ditinjau antara Disember 2025 hingga April 2026.
KEBERSIHAN KAWASAN KEJIRANAN CATAT PENURUNAN TERBESAR
Kesemua enam kategori yang dinilai - hab pengangkutan, tempat riadah, laluan pengguna pengangkutan awam, kawasan selepas acara awam, kawasan kejiranan dan tempat makan - mencatatkan tahap kepuasan lebih rendah berbanding 2023.
Hab pengangkutan dan tempat riadah masih mendapat penilaian tertinggi, walaupun kedua-duanya mencatatkan sedikit penurunan.
Tahap kepuasan terhadap kebersihan kawasan pengangkutan seperti jalan raya, perhentian bas serta stesen MRT dan LRT turun daripada 98.3 peratus kepada 97.2 peratus.
Bagi tempat riadah seperti taman, pusat beli-belah dan taman permainan, tahap kepuasan turun daripada 96.8 peratus kepada 95.1 peratus.
Kawasan kejiranan mencatatkan penurunan paling besar antara enam kategori, daripada 93.3 peratus kepada 87.4 peratus - paras terendah sejak 2018.
Penurunan paling ketara berlaku di kolong blok, koridor dan lobi lif, dengan tahap kepuasan merosot 8.8 mata peratusan kepada 80.9 peratus. Ini merupakan penurunan terbesar antara 20 jenis tempat awam yang ditinjau.
Ketika ditanya mengapa kepuasan terhadap kebersihan kawasan kejiranan merosot, para penyelidik berkata beberapa faktor mungkin memainkan peranan.
Ini termasuk jangkaan orang ramai yang semakin tinggi, peningkatan jumlah sampah akibat lebih banyak penghantaran barangan serta persoalan sama ada khidmat pembersihan mampu mengikuti keperluan semasa sedang kos tenaga kerja meningkat.
Tempat makan kekal sebagai kategori yang mendapat penilaian paling rendah, seperti yang berlaku sejak 2021.
Tahap kepuasan terhadap kebersihan tempat makan turun 2.8 mata peratusan kepada 82.4 peratus.
Pusat penjaja dan kedai kopi terus mencatat antara tahap kepuasan paling rendah. Kepuasan terhadap pusat penjaja turun 5.5 mata peratusan kepada 76.4 peratus, manakala kedai kopi turun 3.6 mata peratusan kepada 76.8 peratus.
Profesor Straughan berkata suhu juga mungkin mempengaruhi bagaimana orang ramai menilai kebersihan sesuatu tempat.
Menurut beliau, pelanggan mungkin kurang bertolak ansur dengan keadaan di pusat penjaja dan kedai kopi yang tidak berhawa dingin berbanding medan selera yang mempunyai pendingin hawa.
“Apabila cuaca panas, ada tanggapan bahawa tempat itu terasa lebih kotor ... semua orang juga lebih mudah berasa tidak selesa, dan ini mempengaruhi bagaimana kita melihat kebersihan ruang yang dikongsi bersama,” katanya.
KEPUASAN TERHADAP TANDAS AWAM MEROSOT
Secara berasingan, tinjauan itu turut menilai kebersihan tandas awam.
Tahap kepuasan terhadap tandas awam merosot 8.2 mata peratusan, daripada 83.7 peratus kepada 75.5 peratus.
Tandas di kedai kopi mendapat penilaian paling rendah, dengan tahap kepuasan merosot 12 mata peratusan kepada hanya 48.3 peratus.
Tandas di pusat penjaja pula turun 10 mata peratusan kepada 60 peratus.
Sebaliknya, tandas di pusat beli-belah di kawasan pusat bandar dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) mendapat penilaian terbaik, iaitu 93.6 peratus.
Penurunan kepuasan terhadap tandas berlaku walaupun Pasukan Bertindak Tandas Awam, yang ditubuhkan pada 2024, sudah menyarankan beberapa langkah untuk meningkatkan kebersihan.
Ini termasuk menyediakan geran kepada pengendali kedai kopi untuk mengubah suai dan menjalankan pembersihan menyeluruh tandas mereka.
Kajian itu menyatakan usaha tersebut mungkin meningkatkan jangkaan orang ramai terhadap kebersihan tandas.
Namun, kesan penuh usaha itu mungkin mengambil masa, terutama di tempat makan yang menerima ramai pengunjung dan lebih sukar untuk sentiasa dikekalkan bersih.
Tinjauan juga mendapati semakin kurang responden menganggap pengguna sendiri sebagai pihak yang paling bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas.
Sebaliknya, lebih ramai berpendapat tanggungjawab itu terletak pada pengendali dan pemilik premis.
Kajian itu berkata keadaan ini menunjukkan perlunya orang ramai terus diingatkan bahawa setiap individu juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas awam.
Dr Mathews berkata orang ramai mungkin lebih bersedia mengambil tanggungjawab di tempat yang mereka rasa mempunyai lebih banyak kawalan.
Namun, di tempat seperti tandas, mereka mungkin merasakan tidak banyak yang boleh dilakukan.
Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa setiap orang masih boleh memainkan peranan untuk membantu memastikan tandas awam lebih bersih.
RASA TANGGUNGJAWAB PERIBADI MENINGKAT
Walaupun tahap kepuasan terhadap kebersihan secara keseluruhan menurun, 98.6 peratus responden bersetuju bahawa menjaga kebersihan Singapura merupakan tanggungjawab setiap individu.
Dalam kalangan mereka yang membuang sampah dengan betul, 71.3 peratus berkata mereka berbuat demikian kerana rasa tanggungjawab peribadi, meningkat daripada 65.2 peratus pada 2023.
Sebanyak 53.6 peratus pula berkata mereka melakukannya kerana mengambil berat tentang alam sekitar, meningkat daripada 48.1 peratus.
Semakin kurang responden berkata mereka membuang sampah dengan betul kerana takut didenda atau berasa malu.
Corak yang sama dapat dilihat dalam amalan memulangkan dulang.
Sebanyak 95.5 peratus responden berkata mereka sentiasa memulangkan dulang dan pinggan mangkuk selepas makan, meningkat sedikit daripada 95 peratus pada 2023.
Jumlah responden yang berpendapat pelanggan sendiri bertanggungjawab memulangkan dulang turut meningkat daripada 79.9 peratus kepada 83.3 peratus.
Tanggungjawab sosial merupakan sebab utama mereka memulangkan dulang, dengan 77.7 peratus memberikan alasan tersebut.
Kajian itu berkata ini mungkin menunjukkan bahawa amalan seperti memulangkan dulang dan membuang sampah dengan betul semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat, bukan semata-mata kerana takut dikenakan tindakan.
Kempen dan penguatkuasaan selama bertahun-tahun mungkin membantu membentuk kebiasaan tersebut.
Namun, jumlah responden yang berkata mereka akan mencari tong sampah lain apabila tong yang ada sudah penuh turun daripada 80.8 peratus kepada 76.9 peratus.
Sekitar 19 peratus responden juga berpendapat jumlah tong sampah tidak mencukupi, hampir dua kali ganda berbanding 10.4 peratus pada 2023.
Pasar basah, pusat penjaja dan kedai kopi paling kerap disebut sebagai tempat yang kekurangan tong sampah.
Profesor Straughan berkata satu perubahan yang jelas dalam hasil tinjauan itu ialah semakin ramai orang mengambil tanggungjawab terhadap kebersihan ruang yang dikongsi bersama.
Menurut beliau, ini bermakna orang ramai kurang menyalahkan pihak lain seperti pekerja pembersihan, sebaliknya cuba untuk tidak mengotorkan kawasan dan membersihkan tempat selepas digunakan.
Namun, beliau berkata lebih ramai orang perlu digalakkan untuk memberikan maklum balas mengenai masalah kebersihan.
Hanya 71.8 peratus responden berkata mereka tahu cara memberikan maklum balas mengenai mutu khidmat pembersihan pada 2025, berbanding 81.5 peratus pada 2023.
Profesor Straughan berkata orang ramai perlu yakin bahawa saluran maklum balas yang disediakan benar-benar berkesan.
Menurut beliau, langkah seterusnya adalah menggalakkan orang ramai melakukan lebih daripada sekadar menjaga kebersihan sendiri, seperti membantu mengutip sampah yang dibuang orang lain.
KURANG BERSEDIA MEMBAYAR LEBIH ATAU MENJADI SUKARELAWAN
Walaupun kebanyakan responden berpendapat penduduk perlu digalakkan membantu menjaga kebersihan kawasan kejiranan, tidak semua bersedia menyertai usaha masyarakat secara langsung.
96.7 peratus menyokong usaha menggalakkan penduduk membantu menjaga kebersihan kejiranan, manakala 96.5 peratus bersetuju bahawa penduduk dan pekerja pembersihan perlu bekerjasama.
Namun, hanya 49.6 peratus berkata mereka sanggup menjadi sukarelawan dalam kumpulan kebersihan kejiranan, turun daripada 63.5 peratus sebelum ini.
Sokongan terhadap beberapa usaha kebersihan yang dianjurkan juga merosot.
Sokongan terhadap langkah menghentikan khidmat pembersihan awam sekali setiap tiga bulan turun daripada 80.9 peratus kepada 75.4 peratus.
Sokongan terhadap kegiatan mengutip sampah secara beramai-ramai setiap tiga bulan pula turun daripada 83.7 peratus kepada 76 peratus.
Namun, jumlah mereka yang berkata sanggup menyertai kegiatan seperti itu meningkat sedikit daripada 56 peratus kepada 57.8 peratus.
Profesor Straughan berkata orang ramai mungkin tidak tahu bagaimana untuk mengambil bahagian dalam kegiatan tersebut.
Menurut beliau, penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan perlu menjadi kegiatan biasa dan berterusan, bukan hanya kempen yang diadakan sekali-sekala.
Kesediaan untuk membayar lebih bagi khidmat pembersihan juga menurun.
Jumlah responden yang berpendapat lebih banyak wang perlu dibelanjakan untuk khidmat pembersihan turun daripada 74.8 peratus kepada 58.1 peratus.
Mereka yang sanggup membayar lebih menerusi kenaikan bayaran khidmat dan penyenggaraan pula turun daripada 45.5 peratus kepada 32 peratus.
Kajian itu menyimpulkan bahawa kebiasaan dan tingkah laku yang digalakkan menerusi kempen kebersihan awam serta langkah penguatkuasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Namun, apabila kebiasaan menjaga kebersihan semakin kukuh, jangkaan orang ramai terhadap tahap kebersihan juga mungkin semakin tinggi, sekali gus menyebabkan tahap kepuasan menurun sedikit.
Profesor Straughan berkata masyarakat perlu diberi lebih banyak galakan dan peluang untuk mengambil tanggungjawab terhadap ruang yang dikongsi bersama.
Beliau mencadangkan supaya pusat penjaja dan kedai kopi di kawasan kejiranan dilihat sebagai “dapur masyarakat” yang turut menjadi tanggungjawab penduduk untuk dijaga.
Menurut beliau, ruang masyarakat sangat penting dan orang ramai perlu digalakkan bukan sekadar mengadu tentang kebersihan pusat penjaja atau kedai kopi, tetapi turut mengambil tindakan untuk menjaganya.
Beliau menambah jika orang ramai tidak mahu membayar lebih untuk khidmat pembersihan, mereka juga perlu memainkan peranan secara bersama dan positif untuk memastikan ruang awam kekal bersih.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.