Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel SG meterai perjanjian pertingkat pengeluaran hidrogen hijau, ammonia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat Singapura Keppel Corp menyatakan pada Jumaat (26 Mei) bahawa ia sudah memeterai dua perjanjian untuk mempergiatkan usahanya dalam pembangunan pengeluaran hidrogen hijau dan ammonia untuk digunakan di Australia serta bagi eksport ke Asia.

Konglomerat Singapura itu bersetuju untuk menyertai konsortium projek hidrogen Central Queensland (CQ-H2), yang sedang membangunkan kemudahan untuk menghasilkan hidrogen serta prasarana berkaitan lain.

Projek CQ-H2 itu merupakan salah satu projek hidrogen hijau terbesar di Australia dan konsortium itu antara lain merangkumi Iwatani Corp, Kansai Electric Power dan Marubeni Corp dari Jepun, menurut Central Queensland.

Keppel menyatakan ia juga memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Incitec Pivot dari Australia untuk membantu memanfaatkan kemudahan akses bagi bekalan hidrogen hijau berskala besar dari projek CQ-H2 di Gladstone, Queensland.

"Perjanjian antarbangsa berdaya inovasi bersama Keppel ini adalah salah satu daripada beberapa projek untuk menyahkarbon yang sedang diusahakan sebagai sebahagian daripada cita-cita kami untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050, kata CEO Incitec, Jeanne Johns.

MOU tersebut bertujuan untuk meneroka pembangunan kemudahan pengeluaran ammonia hijau di Queensland, Australia, bagi kedua-dua penggunaan setempat dan luar negara.

Ini termasuk rantaian bekalan eksport dari mula hingga akhir ke Singapura dan Asia, tambah Keppel.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan