Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel Offshore & Marine bayar S$88 juta kepada pihak berkuasa Brazil bagi selesaikan kes rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keppel Offshore and Marine telah bersetuju untuk membayar denda dan ganti rugi bernilai S$88 juta dolar kepada pihak berkuasa Brazil bagi menyelesaikan kes rasuah terhadap syarikat tersebut pada 2017.

Syarikat pembina pelantar minyak itu juga komited untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa Brazil dan mematuhi syarat-syarat yang diperketatkan.

Bayaran sebanyak $343,571,455.25 real Brazil (AS$65 juta) itu didahului dengan penyelesaian yang dicapai pada Disember 2017 dengan pihak berkuasa di Singapura, Brazil dan Amerika Syarikat.

Anak syarikat luar pesisir dan marin Keppel Corporation didenda AS$422 juta (S$572 juta) atas peranannya dalam skandal rasuah antarabangsa yang berlaku antara 2001 hingga 2014, membabitkan wang suap bernilai AS$55 juta (S$74 juta).

Ini menyusuli sogokan oleh bekas ejen Keppel Offshore and Marine di Brazil kepada gergasi minyak Petrobas, terbongkar.

Menurut kenyataan media Keppel Offshore and Marine, perjanjian bagi penyelesaian terbaru yang dicapai bersama pihak berkuasa Brazil, sekali gus menamatkan rundingan berhubung bekas ejen syarikat tersebut di Brazil.
Sebahagian dari penyelesaian global pada 2017 itu, Keppel O&M bersetuju untuk membayar jumlah baki sebanyak US$52.8 juta (S$72 juta) dalam tempoh tiga tahun bermula dari tarikh ia diberikan amaran bersyarat oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Disember 2017.

Pejabat Peguam Negara (AGC) dan CPIB kemudiannya melanjutkan tempoh kredit kepada 23 Mac 2023 disebabkan perbincangan Keppel O&M dan Pejabat Peguam Negara Brasil serta Ketua Pengawal Kesatuan.

Pejabat Peguam Negara (AGC) dan CPIB juga bersetuju untuk membenarkan Keppel O&M untuk mendapatkan wang sebanyak US$52,777,122.50 (S$72 juta) sebagai denda yang perlu dibayar kepada pihak Brasil.

Dengan perjanjian awal serta perjanjian tambahan itu, Keppel menyatakan ia tidak menjangkakan untuk dipertanggunjawab lagi di Brasil dalam kes tersebut.

Syarikat itu juga mengulangi "toleransi sifar terhadap rasuah dan komitmennya yang berterusan terhadap amalan bermoral dalam seluruh operasi globalnya".

Perkembangan baru ini dijangka tidak akan memberi kesan material pada aset ketara bersih Keppel dan pendapatan sesaham bagi tahun kewangan ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan