Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel O&M diarah bayar denda S$567 juta berhubung siasatan rasuah

Keppel Offshore and Marine (Keppel O&M) bersetuju untuk membayar denda AS$422 juta (S$567 juta) bagi menyelesaikan satu siasatan yang dijalankan di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Keppel O&M diarah bayar denda S$567 juta berhubung siasatan rasuah

Kapal-kapal di Keppel Shipyard. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 04:43PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 04:47PM

SINGAPURA: Keppel Offshore and Marine (Keppel O&M) bersetuju untuk membayar denda AS$422 juta (S$567 juta) bagi menyelesaikan satu siasatan yang dijalankan di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Syarikat itu dituduh memberi rasuah kepada para pegawai rakyat Brazil, termasuk beberapa pegawai dari syarikat minyak, Petrobras.

Rasuah tersebut dibayar untuk memenangi kontrak antara tahun 2001 hingga 2014.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyatakan bahawa denda yang dikenakan akan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberikan amaran bersyarat kepada Keppel Offshore and Marine (Keppel O&M) yang diterima syarikat itu.

Dalam kenyataannya syarikat induk
Keppel Corporation, menyatakan pihaknya amat menyesali dengan perkara yang berlaku.

Pengerusinya Lee Boon Yang berkata "kewibawaan adalah salah satu nilai teras syarikat. Dan ia tidak akan membiarkan sebarang kegiatan haram dalam perniagaan." 

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan