Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel O&M ambil tindakan disiplin terhadap 17 kakitangan dahulu, sekarang berhubung kes rasuah Brazil

Unit pembinaan pelantar Keppel Corp mengambil tindakan disiplin terhadap 17 pekerja dan bekas pekerjanya kerana terlibat dalam kes rasuah di Brazil, dedah dokumen mahkamah Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2017 06:47PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 09:46PM

SINGAPURA: Unit pembinaan pelantar Keppel Corp mengambil tindakan disiplin terhadap 17 pekerja dan bekas pekerjanya kerana terlibat dalam kes rasuah di Brazil, dedah dokumen mahkamah Amerika Syarikat.

Ini termasuk sekatan kewangan bernilai AS$8.9 juta (S$12 juta), pekerja diturunkan pangkat serta diberhentikan.

Langkah-langkah itu didedahkan selepas syarikat yang berpangkalan di Singapura itu bersetuju untuk membayar denda AS$422 juta (S$564 juta) kerana menyogok para pegawai Brazil, untuk mendapatkan kontrak dari syarikat minyak pemerintah Petrobas atau syarikat-syarikat yang berkaitan.

Pihak berkuasa Singapura masih menyiasat beberapa individu yang terbabit.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Reuters, pihak berkuasa Amerika menyenaraikan langkah-langkah yang diambil Keppel Offshore & Marine sebagai sebahagian daripada "pertimbangan relevan" ke arah perjanjian dakwaan ditangguhkan, yang ditandatangani sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Ia termasuk tindakan disiplin terhadap 17 kakitangan dahulu dan sekarang yang menyebabkan tujuh kakitangan diberhentikan; tujuh lagi diturunkan pangkat dan/atau diberikan amaran bertulis serta sekatan kewangan sekitar AS$8.9 juta (S$11.9 juta) dikenakan ke atas 12 kakitangan dan bekas pekerja syarikat itu.

Enam kakitangan dikenakan latihan antirasuah.

"Atas sebab undang-undang, Keppel tidak dapat memberikan komen berhubung mana-mana kakitangan atau denda khusus yang dikenakan ke atas individu."

Sumber : Reuters/IM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan