Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel Infrastructure@Changi bangunan pertama diiktiraf sebagai daya tenaga positif

Keppel Infrastructure@Changi disahkan oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sebagai bangunan daya tenaga positif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2022 09:03PM Dikemas Kini : 20 Jul 2022 09:07PM
SINGAPURA: Keppel Infrastructure @ Changi disahkan oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sebagai bangunan daya tenaga positif.

Pengiktirafan tersebut diberikan kerana bangunan itu menghasilkan lebih banyak daya tenaga daripada yang digunakannya.

Ia adalah bangunan pertama yang diubah suai di Singapura mendapat pengiktirafan itu.

Pentauliahan tersebut menjadi penanda aras baru, sedang Singapura berusaha mewujudkan sekitaran binaan rendah karbon.

Pada masa lalu, Keppel Infrastructure @ Changi adalah hab sistem pemanasan dan pendingin biasa bagi Taman Perniagaan Changi.

Bangunan itu sudah menjalani ubah suai mesra alam yang selesai dilakukan pada Mei lalu.

Kini, muka bangunannya dipasang dengan panel-panel suria dan ia juga mempunyai dinding yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan.

Ia sekarang menghasilkan sekitar 600,0000 jam kilowatt setahun tenaga yang boleh diperbaharui - lebih seganda daripada penggunaan tenaga tahunannya.

Lantaran itu, ia diberi Tanda Hijau Platinum Tenaga Positif di bawah kriteria baru BCA.

Satu lagi hartanahnya, Menara Keppel Bay di Harbourfront, adalah antara tiga bangunan lain yang diubah suai dan tidak menyebabkan pertambahan gas yang boleh menaikkan suhu bumi.

Menara Keppel Bay mendapatkan semua daya tenaganya melalui panel-panel suria.
Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan