Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel ikrar S$1 juta tingkatkan khidmat jagaan pesakit demensia

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2022 07:37PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 10:44PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi semua pesakit demensia akan dikenakan bayaran lebih rendah apabila menggunakan khidmat pusat jagaan siang hari.

Ia menyusuli sumbangan S$1 juta daripada syarikat Keppel.

Lebih separuh wang tersebut akan disalurkan untuk memberi subsidi bagi yuran itu.

Dalam upacara penyampaian cek tersebut pada Khamis (15 Sep), Keppel menyatakan ia merancang untuk meningkatkan pelibatannya dalam sektor kehidupan warga emas.

Presiden Halimah Yacob, selaku tetamu terhormat menekankan peri perlunya usaha seluruh masyarakat untuk membantu mereka yang mengalami demensia.

Tambah Presiden Halimah lagi, usaha bersama dalam kalangan rakyat, sektor awam dan swasta untuk membangunkan Singapura Mesra Demensia amat dialu-alukan dalam memudahkan perbinangan mengenai demensia, mengurangkan stigma berkaitan dengannya dan mencapai kesedaran lebih meluas serta sokongan bagi para pesakit demensia dan penjaga mereka.
 
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan