Keppel Energy diberi kelulusan bersyarat import 1GW elektrik dari Kemboja ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Keppel Energy sudahpun diberikan kelulusan bersyarat oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bagi mengimport sebanyak 1 gigawatt (GW) tenaga elektrik dari Kemboja ke Singapura, umum badan berkanun itu pada Khamis (16 Mac).
Usulan tersebut akan menyaksikan bekalan elektrik yang diimport itu memanfaatkan tenaga suria kuasa hidro dan kemungkinan kuasa angin, yang disokong sistem penyimpanan tenaga bateri atau kuasa hidro simpanan yang dipam, menurut EMA dalam kenyataan medianya.
Ia akan disalurkan dari Kemboja ke Singapura melalui kabel-kabel bawah laut yang baru, sepanjang lebih 1,000 kilometer (km).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Keppel Infrastructure berkata projek itu akan memerlukan prasarana sedia ada dipertingkat dan infrastruktur baru dibangunkan.
Kelulusan bersyarat bagi Keppel Energy itu adalah yang pertama diberikan oleh EMA untuk import bekalan elektrik berskala besar, kata jurucakap EMA kepada Mediacorp.
Ia menandakan "pencapaian penting" dalam cita-cita Singapura untuk mengimport sehingga 4GW tenaga elektrik rendah karbon menjelang tahun 2035, menurut EMA.
Sebagai sebahagian daripada langkah itu, Keppel Energy pada Rabu (15 Mac) menandatangani Perjanjian Pembelian dan Eksport Tenaga jangka panjang dengan Royal Group Power (RGP) dari Kemboja bagi membekal serta mengimport elektrik, manakala Keppel pula untuk mengimport elektrik rendah karbon pada skala utiliti atau kemudahan awam ke Singapura.
Bercakap di upacara pemeteraian pada Rabu, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata kerjasama antara Keppel dengan RGP mempamerkan "kepentingan dan daya maju komersil yang kukuh" bagi projek-projek pembangunan bersama tenaga yang boleh diperbaharui untuk perdagangan elektrik rentas sempadan.
Tertakluk kepada kawal selia yang diperlukan serta kelulusan lain, import elektrik dari Kemboja dijangka bermula selepas 2030, menurut Keppel dalam kenyataan medianya.
Singapura dan Kemboja menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Kerjasama Tenaga pada Oktober tahun lalu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.