Skip to main content

Singapura

Keppel Bay Tower manfaatkan teknologi bijak bagi meningkatkan kebersihan premis

Bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan, ciri-ciri teknologi bijak sudah diperkenalkan di bangunan Keppel Bay Tower.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Feb 2020 07:23PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 10:31PM

SINGAPURA: Bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan, ciri-ciri teknologi bijak sudah diperkenalkan di bangunan Keppel Bay Tower.

Ia adalah sebahagian daripada kerjasama syarikat Keppel Land dengan Majlis Kebersihan Awam di bawah inisiatif pencegahan virus 'Keep Viruses at Bay'.

Antara ciri-ciri canggih yang diterapkan ialah penggunaan teknologi pengeceman wajah bagi pendaftaran kakitangan dan penyewa premis sebelum dibenarkan mengakses lobi-lobi lif.

Langkah itu mengurangkan penyentuhan dengan sebarang permukaan.

Tambahan lagi, pusat perniagaan bangunan itu juga sudah meningkatkan sistem tempahan bilik bijak.

Menariknya, ia berupaya memaklumkan pekerja pembersihan apabila selesainya sesuatu mesyuarat supaya bilik itu boleh dibersihkan segera.

Ini adalah tambahan kepada langkah-langkah lain termasuk membersihkan ruang-ruang umum secara kerap dan penggunaan bahan pembasmi kuman.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita