Skip to main content

Singapura

Kepimpinan transformatif boleh bawa kepada perpaduan dalam dunia tidak menentu: Desmond Tan

Anggaran Waktu Membaca:
Kepimpinan transformatif boleh bawa kepada perpaduan dalam dunia tidak menentu: Desmond Tan

Petikan skrin video Mediacorp.

Diterbitkan : 13 Sep 2025 07:15PM Dikemas Kini : 13 Sep 2025 10:31PM
Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Desmond Tan berkata, kepimpinan transformatif boleh membawa kepada usaha memupuk perpaduan.

Ini terutamanya dalam dunia yang tidak menentu, di mana negara-negara besar cenderung mengabaikan peraturan, yang kemudian menyebabkan negara-negara kecil mengambil tindakan yang mementingkan diri sendiri.

Encik Tan menyorot hubungan antara Singapura dan China sebagai contoh kepentingan bersama dan kerjasama jangka panjang, walaupun saiz negara berbeza jauh.

Beliau berucap di hadapan sekitar 250 pemimpin muda, penggubal dasar serta pakar-pakar dari kedua-dua negara di forum sempena ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik.

Beliau berkata: "Para pemimpin kita di peringkat tertinggi sering bertemu secara kerap, dan terdapat pertukaran berterusan di pelbagai peringkat, termasuk di peringkat rakyat seperti yang kita lihat hari ini.

"Ketika dunia berpecah-belah, kepimpinan transformatif menjadi kunci untuk merapatkan jurang dan meraikan kemakmuran bersama bagi semua negara tanpa mengira saiz."
 
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita