"Keperitannya makin terasa," luah penumpang teksi ulang-alik S'pura-JB
Tambang teksi bagi teksi Singapura yang melakukan perjalanan antara Singapura dengan Johor Bahru dijangka meningkat bermula 11 Jul.
Anggaran Waktu Membaca:

Teksi Singapura di Larkin Sentral. (Gambar: CNA/Amir Yusof)
JOHOR BAHRU: Warga Malaysia Jeffrey Lau mengalami kesulitan untuk mengangkat bagasinya yang besar dari but teksi berdaftar Singapura selepas beliau turun di stesen bas Larkin Sentral pada pagi Selasa (5 Jul).
Kontraktor itu bekerja berhampiran Yishun tetapi pulang ke Johor Bahru dua minggu sekali untuk bertemu keluarganya.
Beliau mendapat tahu sehari sebelum itu bahawa tambang teksi bagi teksi Singapura yang melakukan perjalanan antara Singapura dengan Johor Bahru dijangka meningkat bermula 11 Jul. Beliau bercadang untuk mempercepatkan perjalanannya seminggu lebih awal.
"Saya mendapat tahu ia akan menjadi S$12 lebih mahal untuk menaiki teksi dari Singapura ke Larkin minggu depan, jadi saya memutuskan adalah lebih baik jika saya lakukan perjalanan hari ini. Saya mempunyai banyak barang untuk dibawa pulang, jadi menaiki bas memang bukan satu pilihan," kata lelaki 32 tahun itu.
Khidmat bas dan teksi rentas sempadan antara Singapura dengan Malaysia dibenarkan sambung semula bermula 1 Mei, sekitar dua tahun selepas operasi digantung akibat pandemik COVID-19.
Selain itu, khidmat bas awam rentas sempadan antara Singapura dengan Johor Bahru juga sudah disambung semula.
Pada bulan April, turut dilaporkan bahawa Persatuan Pengendali Teksi Singapura-Johor memohon kepada Majlis Pengangkutan Awam Singapura (PTC) untuk menaikkan tambang kepada S$15 setiap seorang, atau S$60 setiap teksi.
Syarikat-syarikat teksi Singapura termasuk ComfortDelGro dan Strides Taxi mengumumkan di media sosial pada Isnin bahawa akan ada semakan tambang bagi perjalanan teksi antara Singapura dengan Johor Bahru. Semakan ini akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Para penumpang tetap rentas sempadan yang ditemui Mediacorp berkata mereka akhirnya harus menanggung kenaikan tambang bagi teksi berdaftar Singapura.
Semakan itu termasuk kenaikan harga bagi perjalanan teksi dari terminal teksi Ban San Street di Rochor hingga ke Larkin Sentral di Johor Bahru dari S$48 kepada S$60.
Tambang dari Lapangan Terbang Changi atau Lapangan Terbang Seletar ke Larkin Sentral akan dinaikkan dari S$80 kepada S$120. Tambang dari lokasi lain di Singapura ke Larkin Sentral juga akan dinaikkan dari S$60 kepada S$80.
Sementara itu, tambang bagi teksi Singapura untuk melakukan perjalanan dari Larkin Sentral ke destinasi lain di Singapura, selain terminal teksi Ban San Street, akan dinaikkan dari S$55 kepada S$60, atau S$70 bagi mereka yang membuat tempahan awal.
Bagi perjalanan antara Larkin Sentral dengan Ban San Street menaiki teksi Singapura, ia akan terus ditetapkan pada harga RM120 (S$38).
Encik Lau menarik perhatian bahawa bagi penumpang tetap, kenaikan tambang itu akan 'terasa' juga.
"Kenaikan S$12 (setiap teksi) mungkin tidak terasa banyak bagi sebilangan orang. Tetapi jika saya melakukan perjalanan dua kali sebulan, ia akan bertambah juga. Tidak lama lagi, saya mungkin tiada pilian tetapi menggunakan khidmat bas," jelasnya.
Seorang lagi warga Malaysia, Encik Abdul Hamid memberitahu Mediacorp bahawa kenaikan tambang itu akan bermakna dia akan lebih jarang menggunakan khidmat teksi rentas sempadan.
Beliau bekerja dalam industri perkapalan di Singapura dan biasanya melakukan perjalanan pada waktu luar dari kebiasaan, di mana khidmat bas awam mungkin tidak disediakan.
"Saya terjejas dengan kenaikan ini. Ia tidak akan mengambil masa yang lama sebelum saya terasa keperitannya," kata Encik Abdul Hamis.
"Kenaikan harga dari S$48 kepada S$60 (bagi tambang dari Ban San Street ke Larkin) adalah kenaikan 25 peratus. Ia sukar diterima, terutama sekali dengan inflasi di sekeliling kita, tambahnya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.