Kepercayaan antara pemimpin politik dengan rakyat 'kunci kekuatan' SG & harus terus dipupuk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai berkata pemerintah perlu mengiktiraf sifat pengundi sedang berubah dan negara ini perlu terus merapatkan jurang tersebut.
Encik Murali berkata demikian semasa menyampaikan ucapan terima kasih atas ucapan Presiden Halimah Yacob pada minggu lalu.
Encik Murali menambah kepercayaan antara kepimpinan politik dengan orang ramai adalah anak kunci kekuatan Singapura yang harus terus dipupuk.
"Hakikatnya adalah jiwa orang ramai akan berubah dan sedang ia berubah, pemerintah juga perlu berubah dan juga pada tahap dan kelajuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita tidak boleh menjadi pemerintah analog dalam dunia digital jika kami mahu mengekalkan kepercayaan dengan rakyat Singapura. Tiada apa-apa di luar diri kita, tiada rakan kongsi atau sekutu yang akan memastikan penakatan negara ini," kata Encik Murali.
"Lantaran itu, kita perlu mempercayai satu sama lain, mempercayai para pemimpin kita dan mempercayai nasib kita bersama agar dapat membina masa depan yang lebih cerah bersama-sama," tambahnya.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.