Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepentingan penduduk sentiasa diutamakan, kata calon PAP Murali

Sekiranya ada pertembungan antara kepentingan penduduk, dan kepentingan peribadi serta tugasannya, calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Bukit Batok Murali Pillai berkata pada Selasa (7 Jul) beliau akan sentiasa mengutamakan kepentingan penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jul 2020 03:59PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 08:55PM

SINGAPURA: Sekiranya ada pertembungan antara kepentingan penduduk, dan kepentingan peribadi serta tugasannya, calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Bukit Batok Murali Pillai berkata pada Selasa (7 Jul) beliau akan sentiasa mengutamakan kepentingan penduduk.

Encik Murali berkata kepada wartawan: "Seperti yang telah saya katakan empat tahun lalu, ketika isu ini dibangkitkan semasa pilihan raya kecil, jika ada pertembungan keutamaan dari segi melaksanakan tanggungjawab saya kepada penduduk dengan apa yang perlu saya lakukan dalam kehidupan peribadi atau pekerjaan, saya akan sentiasa mengutamakan kepentingan penduduk saya. "

Pesaing Encik Murali pada 2016 adalah ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan, yang sekali lagi bertanding tahun ini untuk merebut kerusi Bukit Batok. Dr Chee sebelum ini mempersoal kemampuan Encik Murali untuk berkhidmat kepada penduduknya secara berkesan sebagai Anggota Parlimen (AP) "sambilan".

Encik Murali, berketa demikian kepada media di tengah-tengah lawatan bertemu penduduk pada pagi Selasa, menambah bahawa beliau meluangkan masa enam hari seminggu di Bukit Batok untuk berbual dengan penduduk dan menguruskan program untuk masyarakat.

Ini termasuk daya usaha sukarelawan membantu keluarga-keluarga yang bergelut dengan para individu yang bermasalah mental.

Ada juga program tuisyen untuk kanak-kenak yang tinggal di rumah-rumah sewa.

Menjawab pertanyaan mengenai isu-isu estet di Bukit Batok, Encik Murali berkata bahawa beliau tidak "menerima sebarang kekurangan".

"Saya akan meneliti isu-isu itu dan menentukan sama ada ia masalah sistemik, atau ia sesuatu yang khusus berkait pegawai yang bertugas, dan kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah tersebut dengan berkesan," katanya.

Dr Chee sebelum ini menimbulkan isu beberapa projek peningkatan tertunggak dan kelemahan langkah keselamatan di kawasan itu dalam catatan Facebook, dan bertanya sama ada Encik Murali menyedarinya.

Encik Murali berkata dalam zaman Internet sekarang, beberapa kejadian mungkin menarik perhatian lebih khusus dengan orang ramai "mungkin tidak semestinya memiliki perspektif mengenai perkara lain yang berlaku juga".

"Penduduk Bukit Batok akan akhirnya tahu bagaimana bandar ini diuruskan dan saya sangat yakin bahawa mereka akan membuat kesimpulan yang adil."

Beliau menambah bahawa penduduk Bukit Batok meraih manfaat daripada majlis bandaran yang diuruskan bersama dengan kawasan undi Jurong dan Yuhua.

Ini termasuk dapat "memanfaatkan kebijaksanaan kolektif anggota majlis terpilih" termasuk Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu, kata Encik Murali.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan