Skip to main content

Singapura

Kepelbagaian kaum 'kekuatan' saling menyatukan rakyat SG: PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2026 11:03AM Dikemas Kini : 11 Aug 2026 02:00PM
SINGAPURA: Salah satu kekuatan terbesar Singapura ialah kepelbagaian yang menyatukan rakyatnya, bukannya memecahbelahkan mereka.

Demikian perkongsian Perdana Menteri Lawrence Wong sempena Hari Keharmonian Kaum hari ini.

Menerusi catatan di media sosial, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, "Kita meraikan perayaan satu sama lain, saling berkongsi tradisi dan membina persahabatan yang berkekalan sepanjang hayat.

"Semua ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia adalah hasil daripada usaha beberapa generasi rakyat Singapura yang memilih untuk mengutamakan rasa hormat berbanding prejudis, serta saling memahami berbanding berprasangka."

Dalam dunia yang perbezaannya sering memecahbelahkan masyarakat, PM Wong menambah, mengekalkan semangat saling mempercayai dan menghormati menjadi semakin penting.

PM Wong menzahirkan rasa amat gembira beliau, melihat golongan muda kita menerima budaya satu sama lain dan menjalin persahabatan merentasi masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa golongan muda yang akan meneruskan kisah masyarakat berbilang kaum Singapura serta memastikan negara ini terus kukuh, berdaya tahan dan bersatu.

PM Wong mengakhiri catatannya itu dengan ucapan, "Selamat Menyambut Hari Keharmonian Kaum!"
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita