Skip to main content

Singapura

Kepelbagaian, faktor berbilang budaya kekuatan SG, tegas Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2023 07:07PM Dikemas Kini : 21 Jul 2023 08:57PM
SINGAPURA: Sempena Hari Keharmonian Kaum pada Jumaat (21 Jul), Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menekankan kepada para pelajar bahawa mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti diri mereka sebagai warga Singapura, tidak kira apa bangsa, bahasa atau agama mereka.

Kepelbagaian serta faktor berbilang budaya negara ini adalah kekuatannya.

Beliau berkata demikian semasa berkunjung ke Sekolah Rendah Corporation.

Bagi meraikan Hari Keharmonian Kaum, sekolah ini menganjurkan permainan yang membantu para pelajar mempelajari budaya satu sama lain.

Mereka juga menjamu pelbagai makanan tradisional pelbagai kaum.

Sekumpulan pelajar Darjah Enam malah berbincang tentang stereotaip-stereotaip kaum bersama Encik Chan.

Encik Chan menekankan betapa sikap peka dan saling menghormati boleh membantu memerangi stereotaip sedemikian.

Encik Chan berkata: "Cuba ikuti minat anda, dan kemudian lakukan sesuatu yang hebat untuk diri anda sendiri dan masyarakat. Apabila anda sedar keistimewaan anda, anda mesti ingat, orang lain juga ada sesuatu yang istimewa. Setiap di antara kita ada sesuatu yang istimewa dan kita memahami orang lain dan saling menghormati atas dasar itu."

Seorang murid, Yazid Kamil Suhadi berkata: "Saya akan berkawan dengan orang yang berlainan bangsa kerana kita dapat menimba ilmu tentang bangsa mereka dan kita boleh tahu apa yang sesuai atau kurang sopan untuk diperbualkan tentang mereka."
Sumber : CNA/SM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita