Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepelbagaian dalam ASEAN mainkan peranan penting kembangkan ekonomi hijau

Anggaran Waktu Membaca:
Kepelbagaian dalam ASEAN mainkan peranan penting kembangkan ekonomi hijau

(Gambar fail: AFP/TANG CHHIN SOTHY)

Diterbitkan : 31 Aug 2023 06:59PM Dikemas Kini : 31 Aug 2023 07:04PM
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata, kepelbagaian yang wujud di rantau ASEAN menimbulkan kedua-dua cabaran dan peluang bagi 10 negara anggotanya.

Walaupun negara-negara anggota kini dalam fasa pembangunan ekonomi yang berbeza-beza, Encik Gan menekankan, kepelbagaian itu bermakna mereka boleh bekerjasama untuk membantu satu sama lain.

Misalnya, menerusi satu wadah elektronik serantau.

"Kami kini dalam proses melakarkan satu perjanjian rangka kerja ekonomi digital. Ini akan menggariskan rangka kerja bagi kerjasama ASEAN berhubung pendigitalan. Dan pendigitalan ada banyak aspek seperti yang anda tahu," kata Encik Gan.

"Ia termasuk memudahkan perdagangan digital, pembayaran digital, bil muatan digital dan juga pembiayaan digital. Maka itu saya rasa ini adalah sesuatu yang amat menggalakkan," tambahnya.

Berucap di Persidangan ASEAN ketujuh pada Khamis (31 Ogos), Encik Gan turut berkata, kepelbagaian tersebut memainkan peranan dalam mengembangkan ekonomi hijau.

Ini kerana negara-negara dengan tenaga hijau yang berlebihan boleh membantu yang lain, seperti Singapura, yang mempunyai sumber alternatif yang terhad.

Dua perjanjian antara Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), UOB dan Y3 Technologies juga dimeteraikan di persidangan itu untuk membantu perniagaan-perniagaan setempat menembusi pasaran ASEAN.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan