Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan Online: Penggubalan undang-undang disarankan bagi melindungi keselamatan negara

Fenomena penyebaran kepalsuan online yang semakin berleluasa didapati tidak boleh lagi dibendung oleh undang-undang serta langkah-langkah lama yang tidak menyasarkan secara langsung terhadap tindakan penyebaran maklumat palsu serta pelakunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kepalsuan Online: Penggubalan undang-undang disarankan bagi melindungi keselamatan negara

Anggota-anggota Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online Disengajakan: (dari kiri) Encik K Shanmugam, Encik Charles Chong, Dr Janil Puthucheary dan Encik Pritam Singh. (Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Fenomena penyebaran kepalsuan online yang semakin berleluasa didapati tidak boleh lagi dibendung oleh undang-undang serta langkah-langkah lama yang tidak menyasarkan secara langsung terhadap tindakan penyebaran maklumat palsu serta pelakunya.

Oleh itu, Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online Disengajakan menggesa langkah undang-undang diambil untuk melindungi keselamatan negara.

Dalam laporannya, Jawatankuasa itu berpendapat 'campur tangan' pemerintah penting dalam mengatasi ancaman kepada fabrik sosial masyarakat Singapura serta melindungi integriti pilihan raya.

Ia menarik perhatian bahawa negara-negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Ukraine pernah menjadi mangsa campur tangan anasir asing menerusi kepalsuan online dan Singapura juga tidak terkecuali.

Dalam satu taklimat rahsia, Jawatankuasa Pilihan itu dimaklumkan bagaimana Singapura menjadi sasaran operasi maklumat palsu oleh beberapa negara.

Pada Julai lalu, Singapura mengalami serangan siber paling buruk apabila data peribadi sekitar 1.5 juta pesakit dicuri, termasuk beberapa orang menteri tempatan.

Dalang serangan sedemikian yang begitu canggih lazimnya ditaja sesebuah negara.

Menurut Jawatankuasa itu lagi, kempen oleh anasir-anasir asing itu ada kesan serius.

Ia menyebabkan rasa kurang percaya dan marah di kalangan masyarakat, yang disasarkan, menjejas pilihan raya dan mengancam kedaulatan wilayah.

Untuk mengatasinya, Jawatankuasa itu menyarankan pemerintah supaya mengambil tindakan yang teratur, serta mengamalkan strategi nasional.

Langkah-langkah tambahan juga harus diambil untuk melindungi kedaulatan pilihan raya kerana undang-undang sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menangani kaedah canggih yang digunakan pihak-pihak yang mempunyai niat jahat.

Jawatankuasa tersebut juga menyarankan tindakan jenayah diambil ke atas mereka yang menyebarkan kepalsuan, jika ia mengancam keselamatan negara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan