Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan Online: Jawatankuasa Pilihan kemukakan 22 saranan

Fenomena penyebaran kepalsuan di wadah online merupakan satu masalah yang nyata dan serius buat Singapura, lebih-lebih lagi dengan kesan maklumat palsu yang lebih ketara serta penyebarannya yang lebih meluas dan pantas berbanding fakta.

Anggaran Waktu Membaca:
Kepalsuan Online: Jawatankuasa Pilihan kemukakan 22 saranan

Jawatankuasa Pilihan Mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan. (Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Fenomena penyebaran kepalsuan di wadah online merupakan satu masalah yang nyata dan serius buat Singapura, lebih-lebih lagi dengan kesan maklumat palsu yang lebih ketara serta penyebarannya yang lebih meluas dan pantas berbanding fakta.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan hari ini (20 September).

Jawatankuasa 10 anggota itu dibentuk pada Januari lalu bagi mengkaji masalah penyebaran berita palsu dalam talian serta memikirkan cara untuk menanganinya.

Berdasarkan 169 perwakilan bertulis serta 65 bukti lisan daripada para individu dan pertubuhan, enam bulan selepas mengadakan sidang awam, Jawatankuasa itu mengemukakan 22 saranan khusus bagi menangani masalah penyebaran kepalsuan online, di bawah lima bidang utama.

Pertama, memupuk masyarakat yang dapat membezakan antara fakta dengan kepalsuan. Menurut Jawatankuasa itu, ini akan dilakukan menerusi usaha mempertingkatkan kesedaran awam dan memastikan mutu kewartawanan kekal pada tahap yang tinggi.

Kedua, mengukuhkan perpaduan sosial dan keyakinan terhadap institusi-institusi awam serta dalam kalangan penduduk dan masyarakat.

Jawatankuasa itu turut menimbangkan cara-cara untuk mengukuhkan keyakinan masyarakat bagi mengelak penyebaran maklumat palsu yang bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat.

Ketiga, menggalak amalan memeriksa fakta.

Jawatankuasa itu juga mendapati amalan memeriksa kebenaran sesuatu maklumat itu adalah penting meskipun ia akui tidak semua yang terdedah kepada maklumat palsu itu dapat didekati dan ia juga tidak mungkin dapat meyakinkan semua yang mempunyai pandangan yang bercanggahan.

Namun, ia juga berpendapat amalan itu boleh menggalak orang ramai supaya lebih menghargai dan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.

Keempat, mengenal pasti peranan syarikat-syarikat teknologi dalam gangguan kepalsuan online.

Akhir sekali, untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Jawatankuasa itu mendapati bahawa perlembagaan diperlukan untuk menangani masalah tersebut.

Namun, ia turut akur bahawa saranan tersebut bukannya satu-satunya huraian yang ada.

Jawatankuasa berkenaan menyatakan, pihak pemerintah, platfom media sosial, pertubuhan media dan masyarakat sivik, semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan saranan-saranan yang dikemukakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan