Skip to main content

Singapura

Kepala wanita terputus di tapak industri Admiralty Street

Mediacorp difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku semasa mangsa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah alat takal pengangkat (lift pulley) yang rosak. Takal tersebut sedang digunakan untuk mengangkat barangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kepala wanita terputus di tapak industri Admiralty Street

Jalanraya berdekatan dengan kawasan kepala wanita itu terputus. (Petikan Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 11:20PM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 11:24PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 58 tahun terputus kepalanya dalam satu kemalangan di tapak perindustrian petang tadi (25 Jun). Kejadian tersebut berlaku di 8A Admiralty Street.

Mediacorp difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku semasa mangsa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah alat takal pengangkat (lift pulley) yang rosak. Takal tersebut sedang digunakan untuk mengangkat barangan.

Ketika wanita berkenaan cuba memeriksa kerosakan tersebut, dia terperangkap dalam ruang antara takal tersebut dan sebuah platform, sehingga menyebabkan kepalanya terputus.

Wanita itu diisytiharkan mati di tempat kejadian oleh paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Polis menyatakan ia sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita