Skip to main content

Singapura

Kenyataan Tambahan kepada Ucapan Presiden: Warga emas dijamin jagaan kesihatan, perumahan

Anggaran Waktu Membaca:
Semasa berucap di Pembukaan Sesi Kedua Parlimen ke-14 pada Isnin (10 Apr), Presiden Halimah Yacob menyeru agar disediakan jaringan keselamatan sosial pada setiap tahap kehidupan bagi menangani ketidakpastian.

Penduduk Singapura semakin menua dengan pantas. Menjelang 2030, satu daripada empat warga tempatan dijangka berusia 65 tahun ke atas.

Usaha sedang dijalankan untuk mereka semula prasarana jagaan Singapura bagi menyokong penuaan di dalam masyarakat.

Ini termasuk pilihan perumahan baru seperti Apartmen Jagaan Masyarakat (CCA) yang menyepadukan khidmat yang disesuaikan dengan keperluan warga emas.

Ia juga memberi akses kepada pelbagai kemudahan berdekatan seperti Pusat Penuaan Aktif yang menyediakan pelbagai kegiatan rekreasi.

Ini membolehkan warga emas meniti usia senja di rumah mereka secara berdikari.

Pada masa yang sama, pemerintah akan sediakan sokongan tambahan untuk rawatan paliatif.

Ini bagi meningkatkan mutu kehidupan para pesakit yang berada di luar hospital, dengan lebih ramai yang pilih menghabiskan sisa hayat mereka di rumah.

Oleh itu, terdapat usaha meningkatkan kemahiran kakitangan jagaan kesihatan, serta mengukuhkan bantuan dana untuk jagaan paliatif.

Namun, daripada menyediakan rawatan kepada mereka yang jatuh sakit, Singapura ingin beralih tumpuan kepada usaha pencegahan.

Ini menerusi inisiatif SG Lebih Sihat, yang bermula Julai nanti.

Warga berusia 60 tahun ke atas boleh mendaftar di klinik keluarga atau GP.

Mereka akan mendapat pemeriksaan kesihatan yang kerap secara percuma, serta suntikan vaksin yang disarankan.

Lebih 700 klinik GP telah menyertai program tersebut.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita