Kenyataan Pritam Singh mengenai kes mahkamahnya “melampau, jelas salah dan sama sekali tidak boleh diterima”: Edwin Tong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang, Edwin Tong, pada Sabtu (8 Nov) mengecam kenyataan Ketua Pembangkang Pritam Singh bahawa "pendapat umum lebih besar daripada mana-mana mahkamah di dunia", sambil menyifatkannya sebagai "kenyataan yang melampau, jelas salah dan sama sekali tidak boleh diterima".
Bercakap kepada wartawan di luar majlis pelancaran "Galeri Masyarakat Kita", sebuah pameran di Institut Kepimpinan Masyarakat Kebangsaan (NACLI), Encik Tong mengkritik kenyataan Encik Pritam – yang dibuat dalam satu temu bual menerusi rancangan CNA's The Assembly awal minggu ini – sebagai satu percubaan untuk menimbulkan keraguan terhadap keabsahan mahkamah yang mensabitkannya atas kesalahan berbohong kepada jawatankuasa parlimen.

BACA:
"Kita mesti faham dengan jelas apa yang berlaku dalam kes ini," kata Encik Tong.
"Encik Pritam disiasat dan kemudian didakwa. Beliau menjalani perbicaraan penuh secara terbuka dan disabitkan oleh mahkamah kerana berbohong kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
Hakim memberikan alasan terperinci yang menjelaskan asas sabitan tersebut."
Ketua Parti Pekerja (WP) itu didapati bersalah pada bulan Februari dan didenda sebanyak S$14,000 (US$10,800) atas dua pertuduhan berkaitan cara beliau menangani pembohongan bekas Anggota Parlimen Raeesah Khan di Parlimen.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.