Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenyataan Menteri sentuh inflasi, kos niaga Isnin depan

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan Menteri sentuh inflasi, kos niaga Isnin depan

Gambar fail Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 01 Apr 2022 08:53PM Dikemas Kini : 01 Apr 2022 08:54PM

SINGAPURA: Kenyataan menteri mengenai inflasi dan kos perniagaan akan disampaikan di Parlimen pada Isnin (4 April) oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Tan See Leng.

Beberapa Anggota Parlimen yang lain sudah mengajukan soalan mengenai kenaikan kos sara hidup dan kos minyak.

AP Murali Pillai (PAP-Bukit Batok) bertanya sama ada pemerintah sudah bersedia untuk mengurangkan atau menyediakan rebat cukai minyak yang dikenakan kepada para pemandu atau memberikan rebat cukai jalan.

AP Lim Wee Kiak (PAP-Sembawang) bertanya apakah langkah yang boleh pemerintah ambil sekiranya harga minyak semakin melonjak disebabkan krisis berlarutan Rusia-Ukraine.

AP Gan Thiam Poh (PAP-Ang Mo Kio) pula bertanya sama ada keluarga-keluarga akan diberikan rebat bulanan api air untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dan gangguan terhadap rantaian bekalan.

Beberapa isu lain termasuk langkah pengurusan selamat COVID-19, dengan AP Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) bertanya sama ada langkah-langkah pengurusan selamat akan terus disemak semula memandangkan gelombang Omicron sudah melepasi kemuncaknya.

AP Lim Biow Chuan (PAP-Mountbatten) menyerahkan soalan mengenai kos perniagaan untuk mengekalkan langkah-langkah pengurusan selamat yang dibezakan berdasarkan status vaksinasi.

Beliau juga bertanya sama ada mewajibkan penduduk yang tidak divaksinasi untuk menanggung sendiri kos perubatan mereka adalah langkah pencegahan yang mencukupi untuk mereka yang memilih untuk tidak mendapatkan vaksin.

AP Yeo Wan Ling (PAP-Pasir Ris–Punggol) pula ingin bertanya mengenai isu Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Mengenai insiden jenayah berkaitan senjata pisau baru-baru ini, AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) bertanya apakah langkah yang diambil untuk melindungi keselamatan orang awam dari segi kesedaran dan kesediaan kecemasan.

Beliau juga bertanya tentang kemungkinan larangan am terhadap pemilikan pisau, pisau cukur atau objek tajam lain di sekolah-sekolah, tempat awam atau premis komersil.

Dua Rang Undang-Undang akan diperkenalkan di Parlimen termasuk Rang Undang-Undang melibatkan anak angkat.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan