Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan POFMA ketujuh berhubung komen tentang bonus hakim Mahkamah Tinggi

Satu arahan pembetulan dikeluarkan ke atas pemimpin Parti Reform Kenneth Jeyaretnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan POFMA ketujuh berhubung komen tentang bonus hakim Mahkamah Tinggi

Ketua Parti Reform Kenneth Jeyaretnam. (Gambar: Elizabeth Goh)

Diterbitkan : 29 May 2024 08:34PM Dikemas Kini : 30 May 2024 12:09AM
SINGAPURA: Satu arahan pembetulan dikeluarkan ke atas pemimpin Parti Reform Kenneth Jeyaretnam.

Ia berkaitan satu kenyataan palsu yang dimuat naik beliau ke Facebook pada Sabtu (25 Mei).

Dalam catatan itu, beliau berkata bahawa Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang boleh mempengaruhi jumlah bonus prestasi yang dibayar kepada hakim Mahkamah Tinggi tertentu.

Namun, Kementerian Undang-undang (MinLaw) menjelaskan di bawah sebuah rangka kerja yang termaktub di bawah undang-undang bahawaHakim Besar memutuskan gaji serta bonus yang dibayar kepada setiap hakim Mahkamah Agung.

Encik Jeyaratnam dikehendaki meletakkan satu notis pembetulan pada catatannya.

Ia juga mesti menyertakan pautan kepada penjelasan daripada Pemerintah.
Sumber : CNA/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan