Skip to main content

Singapura

Kenderaan RPV baru SCDF bantu anggota bomba elak kecederaan haba

Para anggota bomba kini dapat mengelakkan daripada mengalami kecedaraan haba semasa melakukan misi yang lama dengan adanya sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan tab air sejuk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2020 07:46PM Dikemas Kini : 28 Aug 2020 09:36PM

SINGAPURA: Para anggota bomba kini dapat mengelakkan daripada mengalami kecedaraan haba semasa melakukan misi yang lama dengan adanya sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan tab air sejuk.

Kenderaan Pemulihan Pegawai Kecemasan (RPV) itu sudahpun beroperasi tetapi belum digunakan.

Ia berupaya menurunkan suhu badan seramai 37 anggota bomba secara serentak, hampir dua kali ganda berbanding kenderaan yang lama. Masa menyiapkannya juga lebih cepat iaitu 20 minit berbanding 45 minit.

Rendaman air sejuk itu merupakan ciri baru yang direka bagi para anggota yang menunjukkan tanda-tanda mengalami strok haba.

Mereka akan berendam di dalam air sejuk dengan suhunya kurang daripada 5 darjah Selsius sebelum dihantar ke hospital.

Bagi anggota bomba dalam keadaan yang kurang serius, mereka boleh berehat di lapan tempat duduk tab di dalam kenderaan yang berhawa dingin dan merendamkan lengan ke dalam air sejuk.

Terdapat juga ruang bagi 28 lagi anggota bomba berehat di tempat teduh dan berangin di luar kenderaan.

Usaha menghasilkan RPV dimulakan pada 2016. Ia melibatkan SCDF, para pengkaji dari universiti serta sebuah firma kejuruteraan tempatan. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita