Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenakan bayaran bagi beg plastik, satu cara buang 'budaya membuang': Louis Ng

Anggota Parlimen Louis Ng menyarankan agar dikenakan bayaran bagi beg plastik yang digunakan sekali - tidak kira jenis buatannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenakan bayaran bagi beg plastik, satu cara buang 'budaya membuang': Louis Ng

Anggota Parlimen Louis Ng dan Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor.

Diterbitkan : 01 Oct 2018 11:33PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 11:38PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Louis Ng menyarankan agar dikenakan bayaran bagi beg plastik yang digunakan sekali - tidak kira jenis buatannya. Beliau mahu ini dikuatkuasakan dan sektor awam menyemak semula langkah-langkah penghapusan sampah. Beliau menggesa agar Singapura menerajui perjuangan mengurangkan pembuangan sampah.

Semasa mengemukakan usul di Parlimen pada Isnin (1 Okt), Encik Ng menggambarkan masalah pembuangan plastik sebagai "isu keselamatan awam yang mendesak", yang perlu dibincangkan.

Menukil statistik 2016, Encik Ng menekankan bahawa Singapura membuang sebanyak 27 bilion beg plastik, secara purata 13 beg setiap orang setiap hari.

Menekankan keperluan untuk "mengurangkan penggunaan plastik" di Singapura, Encik Ng berkata bahawa menguatkuasakan dasar mengenakan bayaran bagi beg plastik adalah satu cara untuk mengurangkan permintaan plastik secara mendadak.

Menukil contoh IKEA Singapore yang mengenakan bayaran 10 sen bagi setiap beg pada 2007 dan berhenti menawarkan beg plastik enam tahun kemudian, Encik Ng berkata bahawa satu bayaran levi boleh digunakan sebagai langkah menghentikan penggunaan barangan plastik.

Bagaimanapun, ada yang boleh dikecualikan, katanya.

Menggesa penekanan yang lebih kuat terhadap pengurangan plastik berbanding mengitar semula, Encik Ng menggesa pemerintah untuk "melakukan demikian dan menjadi contoh kepada masyarakat" dengan menggalak kementerian-kementerian dan agensi-agensi agar menghentikan penggunaan plastik dalam majlis katering dan acara-acara.

Menggunakan barangan guna semula dengan pembungkusan minimal bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), sebagai contoh, adalah satu cara ia boleh dilakukan, saran Encik Ng.

SALAH SATU DARIPADA KEUTAMAAN KEMENTERIAN

Menjawab ucapan Encik Ng, Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor berkata bahawa menguruskan pembuangan plastik dan bungkusan adalah salah satu "keutamaan penting" bagi kementeriannya.

Dr Khor menarik perhatian, meskipun kementeriannya menyasar untuk mengurangkan penggunaan plastik, ia mengakui bahawa plastik-plastik ada kegunaannya.

Bersetuju bahawa sektor awam patut menetapkan piawaian, Dr Khor menambah bahawa kementeriannya sudah menerbitkan satu panduan untuk membantu agensi-agensi bantuan dalam menganjurkan acara-acara mesra alam. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan