Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenaikan sementara tambang tambahan teksi dari Lapangan Terbang Changi, Mandai Wildlife Reserve jadi ciri tetap mulai 1 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan sementara tambang tambahan teksi dari Lapangan Terbang Changi, Mandai Wildlife Reserve jadi ciri tetap mulai 1 Jul

Gambar fail: Calvin Oh/CNA

Diterbitkan : 24 Jun 2024 05:05PM Dikemas Kini : 24 Jun 2024 05:44PM
SINGAPURA: Kenaikan sementara bayaran tambahan atau surcaj tambang teksi dari Lapangan Terbang Changi dan tempat-tempat daya tarikan Mandai Wildlife Reserve akan dijadikan ciri tetap mulai 1 Julai.

Syarikat pengendali teksi Comfort DelGro dan Strides Premier mengumumkan keputusan itu di laman Facebook masing-masing pada Isnin (24 Jun). ComfortDelGro juga menambah bahawa "bayaran tambahan itu dikenakan oleh setiap lokasi".

Menjawab pertanyaan Mediacorp, syarikat Trans Cab mengatakan ia juga akan melaksanakan langkah itu mulai 1 Julai. Difahamkan, syarikat Prime Taxi akan melakukan sama dalam beberapa hari akan datang.

Bayaran tambahan itu pertama kali diperkenalkan pada Mei 2022, sebelum ia dilanjutkan.

Surcaj S$8 dikenakan bagi perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Changi dari pukul 5.00 petang hingga 11.59 malam setiap hari manakala bayaran tambahan S$6 pada waktu-waktu lain.

Lapangan Terbang Changi menyatakan pada 2022 bahawa langkah itu "bagi memastikan bekalan teksi yang lebih baik" ke lapangan terbang itu bagi penumpang.

Surcaj sementara bagi perjalanan teksi dari Zoo, River Wonders, Night Safari dan Bird Paradise juga dikenakan antara 1.00 tengah hari hingga 11.59 malam setiap hari mulai 1 Julai.

Selain dijadikan ciri tetap, kadar surcaj juga dinaikkan daripada S$3 kepada S$5.

Surcaj lokasi sementara itu diperkenalkan dua tahun lalu, untuk mengimbangi kesan kenaikan harga bahan api baru-baru ini dan juga bagi memastikan bekalan teksi yang lebih baik untuk penumpang.

Kedua-dua ComfortDelgro dan Strides Premier menyatakan surcaj tetap yang disemak semula itu akan hanya dipaparkan di laman masing-masing dari 1 Julai.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan