Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenaikan had gaji CPF satu lagi beban kewangan bagi perniagaan selain kos meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan had gaji CPF satu lagi beban kewangan bagi perniagaan selain kos meningkat

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Kenaikan pada had gaji bulanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan menambah kepada masalah kenaikan kos yang sudah dihadapi beberapa syarikat, menurut pakar dan persatuan perniagaan.

Walaupun kenaikan secara berperingkat menjelang 2026 itu akan dapat membantu meredakan kesan, beberapa firma yang lebih kecil akan tetap merasakan "beban kewangan" tambahan, tambah mereka.

Had pendapatan menetepkan jumlah maksimum gaji biasa yang akan digunakan untuk menghitung sumbangan CPF. Contoh "gaji biasa" adalah gaji bulanan.

Buat masa ini, ia ditetapkan pada S$6,000 dan akan naik dalam empat peringkat kepada S$8,000 menjelang 2026, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawan pada Selasa (14 Feb).

Kenaikan pertama kepada S$6,300 akan berkuat kuasa pada 1 September tahun ini, sebelum kenaikan seterusnya pada 2024. Ia akan dinaikan sekali lagi kepada S$7,400 pada 2025 sebelum mencapai S$8,000 pada 2026.

Had gaji tahunan CPF yang mengambil kira pendapatan tambahan seperti bonus prestasi, kekal pada S$102,000.

Setakat ini, pekerja berumur sehingga 55 tahun menyumbang 20 peratus pendapatan mereka kepada CPF mereka, manakala majikan menyumbang 17 peratus.

Kenaikan had gaji bulanan bermakna pekerja yang mendapat gaji lebih S$6,000 - dan majikan mereka - akan menyumbang lebih kepada CPF mereka.

Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang mewakili 27,000 syarikat menyatakan langkah baru itu akan menambah kos tenaga kerja bagi syarikat-syarikat.

Tekanan dari sudut tenaga kerja sudah meningkat dengan kenaikan levi pekerja hijrahan, gaji kelayakan tempatan dan pelarasan pendapatan di bawah Model Gaji Progresif (PWM), menurut persekutuan itu.

"SBF menggesa Pemerintah mempertimbangkan untuk menjarakkan sebahagian dasar berkaitan pendapatan dan tenaga kerja ini untuk membantu syarikat-syarikat menangani cabaran kos yang mendesak," kata Encik Albert Tsui, pengarah eksekutif divisyen sokongan dan dasar persekutuan.

Selain kos buruh, perniagaan juga sudah membayar lebih dalam aspek lain operasi mereka meliputi sudut logistik, bahan mentah hingga kuasa tenaga, kata Profesor Sumit Agarwal dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

KENAIKAN SECARA BERPERINGKAT UNTUK REDAKAN KESAN

Kenaikan berperingkat dalam had gaji bulanan CPF akan membantu mengurangkan kesan ke atas majikan, kata ASME dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).

Ini akan membolehkan majikan "melakukan penyesuaian secara beransur-ansur dan mengambil kira kenaikan ini" ke dalam kos perniagaan mereka di samping mempertimbangkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, kos yang meningkat dan pasaran buruh yang ketat, tambah SNEF, yang mempunyai lebih 3,400 ahli.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan