Kenaikan GST papar keprihatinan PAP bagi generasi seterusnya
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Negara Kanan, Kementerian Kewangan merangkap Pengangkutan, Chee Hong Tat. (Gambar: Chee Hong Tat/Facebook)
SINGAPURA: Langkah pemerintah untuk menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencerminkan "tanggungjawab moral dan sosial" Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam menjaga penduduk Singapura hari ini, tanpa menjejas generasi akan datang.
Demikian menurut Menteri Negara Kanan, Kementerian Kewangan merangkap Pengangkutan, Chee Hong Tat pada Selasa (22 Nov).
Dalam satu rencana yang diterbitkan Petir - iaitu surat berita politik keluaran PAP - Encik Chee menggariskan "perbezaan asas" yang wujud di antara PAP dengan Parti Pekerja (WP) berhubung pendirian mengenai GST. Beliau turut menggesa WP menawarkan beberapa alternatif "yang berkesan" bukan sahaja dalam memenuhi "keperluan segera", bahkan juga "keperluan warga Singapura dalam 10, 20 mahupun 50 tahun akan datang".
Memandangkan "tiada masa yang sesuai bagi kenaikan cukai", Encik Chee berkata bahawa kenaikan GST mesti dilakukan sedang pemerintah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan demikian "meskipun keadaan kurang daripada apa yang dianggap sesuai".
Perbahasan berhubung GST di Parlimen pada 7 November lalu, menunjukkan perbezaan di antara PAP dengan WP dari segi nilai-nilai politik dan pendekatan masing-masing terhadap disiplin fiskal, tambah Encik Chee.
"Penting untuk mempertimbangkan perbezaan ini terutama sekali kerana WP sudahpun berkembang dan bertambah kukuh sejak beberapa tahun ini dan kini meletakkan partinya sebagai pemerintah yang sedang menunggu untuk mentadbir pada masa akan datang," ujar beliau.
APA YANG DIKATAKAN SEMASA PERBAHASAN GST
GST dijangka akan naik dari tujuh peratus kepada lapan peratus mulai 1 Januari 2023, dan melonjak kepada sembilan peratus dari 1 Januari 2023, selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) GST selepas perbahasan selama lima jam itu pada 7 November.

Para anggota parti pembangkang yang menghadiri perbahasan itu, serta Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai dan Hazel Poa dari Parti Kemajuan Singapura (PSP), menentang Rang Undang-Undang tersebut.
Anggota Parlimen (AP) dari WP menyarankan agar kenaikan GST dilewatkan, dengan menekankan bahawa inflasi menyebabkan kos kehidupan melonjak.
Profesor Madya Jamus Lim menyuarakan saranan beliau untuk mengamalkan sistem GST pelbagai kadar dan mengecualikan barangan dan perkhidmatan penting buat sementara waktu daripada kenaikan GST, sambil menyatakan bahawa barangan sebegitu tertakluk kepada turun naik harga tertinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
WP juga mencadangkan pengurangan bahagian pendapatan faedah rizab yang dihantar kembali kepada rizab - yang kini berada pada 50 peratus - kepada 40 peratus, dan penggunaan hasil daripada jualan tanah untuk membiayai perbelanjaan semasa.
"Pemerintah PAP percaya bahawa kita perlu berbelanja berdasarkan kemampuan kita - sekiranya perbelanjaan naik, rizab cukai juga harus meningkat," tambah Encik Chee.
"Kami juga percaya bahawa setiap generasi mesti memainkan peranan mereka dalam melindungi rizab Singapura yang diusahakan, dalam memastikan ia terus menjana sumber-sumber untuk masa hadapan dan menyediakan dana untuk digunakan ketika diperlukan oleh generasi-generasi seterusnya untuk menangani sebarang kecemasan."
Encik Chee mengambil contoh langkah-langkah sokongan yang dilaksanakan pemerintah seperti pakej jaminan, yang sudahpun dipertingkatkan kepada S$8 bilion untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan GST bagi kebanyakan isi rumah di Singapura.

Malah, Menteri Kewangan Lawrence Wong juga mengumumkan bahawa langkah-langkah sokongan bernilai lebih S$3.5 bilion, untuk membantu warga Singapura menangani inflasi yang kian meningkat tahun ini, dengan lebih banyak bantuan dihulurkan kepada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan, serta para pesara.
Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.