Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenaikan GST diteruskan seperti yang dirancang, kata DPM Wong

Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dilengahkan meskipun dalam keadaan inflasi yang kian meningkat, menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong hari ini (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan GST diteruskan seperti yang dirancang, kata DPM Wong

Gambar fail mereka yang membeli-belah di pasaraya di Singapura pada 19 Jun 2020. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dilengahkan meskipun dalam keadaan inflasi yang kian meningkat, menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong hari ini (21 Jun).

Encik Wong berkata demikian sedang beliau mengumumkan pakej sokongan baru bernilai S$1.5 bilion bagi membantu rakyat Singapura dengan kos yang meningkat.

GST itu dijangka naik dari 7 peratus kepada 8 peratus pada tahun 2023, dan satu lagi kenaikan kepada 9 peratus pada 2024.

Apabila ditanya oleh wartawan Mediacorp di sidang media sama ada pemerintah akan mempertimbangkan untuk melengahkan kenaikan GST, Encik Wong berkata isu itu sudah banyak dibahaskan di parlimen.

"Keperluan perbelanjaan kita meningkat secara mendadak, terutama sekali disebabkan penduduk yang kian menua dan perbelanjaan jagaan kesihatan.

"Kami sudah meneliti semua kemungkinan berbeza bagi meningkatkan hasil dan kami sudah mengambil pelbagai langkah pendapatan dalam belanjawan, termasuk cukai pendapatan cukai, cukai hartanah dan cukai kereta mewah tetapi ia masih tidak cukup dan disebabkan itu, kami harus menaikkan GST," kata Encik Wong, sambil menambah bahawa kenaikan cukai itu sudah dilengahkan "selewat mungkin".

Kenaikan GST akan diimbangi dengan pakej, yang diumumkan semasa Belanjawan 2022.






















































HARGA PETROL

Apabila ditanya sama ada pemerintah akan melakukan sesuatu bagi menangani kenaikan harga petrol, Encik Wong berkata Singapura sedang cuba beralih ke arah ke tenaga dan kenderaan lebih bersih.




MOF menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa sebarang langkah sokongan tidak harus "merubah isyarat harga", kerana ini diperlukan untuk memberi panduan kepada penstrukturan ekonomi dan perubahan Singapura.

Ia menekankan bahawa Singapura perlu "menjalankan lebih banyak usaha bagi menangani perubahan iklim dan bagi menjaga penduduk kian pantas menua".

Encik Wong juga menambah bahawa bagi mereka yang lebih teruk terjejas oleh harga petrol yang tinggi, seperti teksi dan pemandu kereta sewa, ada langkah-langkah khusus bagi membantu mereka.

Ini termasuk bantuan sekali saja sebanyak S$150 bagi pemandu teksi utama dan pemandu kereta sewa yang layak.

Wang tunai sehingga S$300 di bawah skim bantuan pekerja bebas NTUC dan Unit Mereka yang Bekerja Sendiri bagi para anggota persatuan, termasuk pemandu limusin dan pekerja penghantaran yang bekerja sendiri.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan