Kenaikan GST diteruskan selepas Rang Undang-undang diluluskan di Parlimen
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Cukai GST dinaikkan mulai tahun depan selepas Parlimen pada Isnin (7 Nov) meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), meskipun Anggota Parlimen pembangkang yang hadir merakamkan bantahan mereka.
Ini bermakna GST akan dinaikkan daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari 2023, dan daripada 8 peratus kepada 9 peratus bermula 1 Januari 2024.
Pada Isnin pagi, Timbalan Perdana Menteri Lawrence mengumumkan di Parlimen bahawa Pemerintah akan membelanjakan lagi S$1.4 bilion bagi mengimbangi kesan kenaikan GST bagi kebanyakan isi rumah Singapura buat sekurang-kurangnya lima tahun.
Anggota Parlimen dari Parti Pekerja (WP) yang hadir di Dewan serta Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Leong Mun Wai dan Hazel Poa dari Parti Kemajuan Singapura merakamkan bantahan mereka terhadap Rang itu menyusuli perbahasan selama lima jam.
Encik Wong yang juga Menteri Kewangan membalas tegas pendirian AP WP.
Dalam ucapan penutupnya, beliau memberitahu Dewan bahawa AP WP memberi "naratif palsu dan simplistik" sambil menambah beliau kecewa kerana parti pembangkang "mengambil jalan berbeza" selepas Parlimen membahaskan isu itu semasa Belanjawan 2022.
AP WP yang bangkit berucap dalam perbahasan pada Isnin menyatakan semula pendirian mereka menentang kenaikan GST dan menekankan bahawa ada pilihan pendapatan alternatif lain.
Encik Wong menggesa anggota WP agar "jujur dan bertanggungjawab" sambil akur bahawa cadangan alternatif yang mereka kemukakan mungkin memerlukan kumpulan berpendapatan sederhana membayar cukai lebih tinggi atau Singapura perlu menggunakan lebih banyak rizab masa lalu.
"Sekurang-kurangnya iktiraf bahawa Pemerintah sudah mempertimbangkan semua alternatif lain dengan teliti. Kami sudah membahaskannya secara menyeluruh dalam Belanjawan sebelum memutuskan langkah ini. Saya fikir itulah yang akan dilakukan oleh parti politik yang bertanggungjawab,” kata Timbalan Perdana Menteri.
"Namun, saya sangat kecewa dengan Parti Pekerja yang memilih untuk mengambil jalan yang berbeza. Saya tertanya-tanya sama ada ia adalah pendekatan yang paling baik untuk memajukan agenda politik mereka, seperti yang sudah mereka lakukan selama ini, iaitu menggambarkan Pemerintah PAP sebagai tidak prihatin terhadap rakyat."
PEMBANGKANGPERSOAL PERLUNYA GST DINAIKKAN
Semasa perbahasan selama lima jam pada Isnin, AP pembangkang mempersoalkan sama ada kenaikan GST itu diadakan tepat pada masanya dengan menarik perhatian mengenai tekanan inflasi yang dihadapi Singapura dalam bulan-bulan kebelakangan ini.
Encik Louis Chua (WP-Sengkang) berkata keputusan untuk menaikkan GST kepada sembilan peratus dicadangkan pada 2019, "keadaan ketika itu amat berbeza".
“Tidak ada COVID. Harga barangan adalah separuh daripada harga hari ini. Kadar inflasi adalah 1/10 daripada apa yang ada pada hari ini,” katanya.
Masa yang dipilih untuk menaikkan GST juga "sangat teruk", kata Encik Chua, sambil menambah adalah tidak bertanggungjawab untuk meneruskan dengan langkah menaikkan cukai itu.
Sambil menarik perhatian unjuran inflasi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Chua berkata: "Adakah kita ingin memburukkan lagi inflasi dan menaikkan lagi satu mata peratusan yang tidak perlu kepada kos sara hidup, sekali gus meningkatan tekanan inflasi?
Profesor Madya Jamus Lim (WP-Sengkang) pula mencadangkan penangguhan sementara GST ke atas barangan keperluan dan membenarkan pengecualian tambahan untuk kenaikan itu.
Meskipun keputusan Pemerintah untuk melakanakan kenaikan GST dengan cara bertahap dialu-alukan oleh perniagaan dan AP lain, beberapa pengguna masih lagi ragu-ragu, kata Prof Madya Lim.
Prof Madya Lim juga membalas komen Encik Wong yang dibuat pada Oktober di mana beliau telah berkata bahawa Pemerintah percaya adalah"lebih bertanggungjawab" untuk meneruskan dengan kenaikan GST meskipun dalam keadaan inflasi yang diramal naik.
Prof Madya Lim menyarankan agar Pemerintah mengecualikan barangan keperluan dan perkhidmatan daripada kenaikan GST sama sekali
Beberapa AP PAP bangkit berucap membalas ucapan AP pembangkang.
Encik Sitoh Yih Pin (PAP-Potong Pasir), menolak pandangan Prof Madya Lim mengenai rizab Singapura.
Encik Sitoh berkata tidak ada istilah seperti simpanan berlebihan bagi negara kecil seperti Singapura, "Kita bukan hanya buat simpanan, kami melabur semula."
Beberapa AP juga termasuk Cik Jessica Tan (PAP-East Coast), menyuarakan keprihatinan mengenai kesan kenaikan GST terhadap kelas pekerja yang harus menyara keluarga dan ibu bapa atau saudara mara mereka yang sudah tua.
Cik Tan bertanya jika nilai tahunan kediaman seseorang boleh dinaikkan, supaya mereka yang tinggal bersama saudara mara dalam hartanah melebihi had kelayakan S$21,000 boleh layak mendapat skim sokongan.
"Dalam beberapa kes, mereka tidak mampu tetapi kerana alamat kediaman mereka, mereka tidak layak untuk pelbagai skim sokongan."
Selain itu, Cik Tan menyarankan nilai tahunan yang lebih tinggi dengan bonus tunai lebih rendah bagi pesara yang memiliki rumah namun memerlukan bantuan.
Encik Desmond Choo (PAP-Tampines) memberitahu Dewan bahawa huraian berkekalan adalah untuk memastikan gaji meningkat lebih cepat daripada inflasi.
KENAPA NAIKKAN GST SEKARANG?
Encik Wong berkata beliau maklum akan keprihatinan yang dibangkitkan para AP mengenai kenaikan GST di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang mencabar.
"Mengapa naikkan GST sekarang? Kami sudah mempertimbangkan perkara ini dengan berhati-hati sebelum Belanjawan dibentangkan dan semasa perbahasan Belanjawan. Dan selepas Belanjawan apabila kami melihat keadaan ekonomi semakin memburuk.
"Namun kami akhirnya memutuskan ia masih perlu bergerak," kata beliau sambil menambah bahawa keputusan itu adalah sukar.
Buat masa ini, ekonomi Singapura dan pasaran buruh masih kekal stabil dan unjuran pertumbuhan GDP buat tahun ini adalah tiga hingga empat peratus, kata Encik Wong.
Kadar pengangguran penduduk juga pulih ke tahap sebelum pandemik dan sektor seperti penerbangan dan pelancongan semakin pulih, tambahnya.
Meskipun tekanan inflasi dijangka berkurangan pada separuh kedua tahun depan, kadar inflasi tidak mungkin kembali seperti yang berlaku sejak sedekad lalu, tambah beliau.
"Normal baru mungkin kadar inflasi yang lebih tinggi daripada yang biasa kita alami," kata Encik Wong, sambil menarik perhatian tiga pakej bantuan yang dilancarkan tahun ini.
"Tahun depan kami akan terus memantau dengan teliti keadaan inflasi dan kami akan menilai langkah-langkah bantuan tambahan yang mungkin diperlukan. Pada masa yang sama, kami akan meneruskan rancangan menyusun semula dan transformasi ekonomi kami,” tambahnya.
Encik Wong juga menjawab pertanyaan Encik Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) sama ada Pemerintah akan meneruskan langkah menaikkan kadar GST seterusnya jika keadaan ekonomi menjadi semakin teruk pada tahun depan.
"Sekiranya risiko kemelesetan berlaku dan ekonomi kami terjejas teruk, kita perlu adakan semakan teliti dan mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan langkah kedua menaikkan GST pada 2024," tambah beliau.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.