Skip to main content

Singapura

Kenaikan GST bertujuan mengimbangi daya saing dan keterangkuman, kata DPM Tharman

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang dinaikkan adalah sebahagian daripada "keseimbangan" yang diusahakan Singapura antara mengekalkan daya saing dengan usaha untuk tetap inklusif, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam hari ini (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan GST bertujuan mengimbangi daya saing dan keterangkuman, kata DPM Tharman

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.

Diterbitkan : 27 Feb 2018 11:32PM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 11:36PM

SINGAPURA: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang dinaikkan adalah sebahagian daripada "keseimbangan" yang diusahakan Singapura antara mengekalkan daya saing dengan usaha untuk tetap inklusif, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam hari ini (27 Feb).

Ketika berucap di sebuah persidangan antarabangsa yang dianjurkan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Indonesia di Jakarta, Encik Tharman berkata: "Keseimbangan antara mengekalkan daya saing dan memastikan kita boleh berkembang pada rentak yang mampan tetapi pada masa yang sama tetap inklusif, khususnya mampu menampung khidmat jagaan kesihatan bermutu yang diperlukan penduduk semakin tua - itulah yang utama dalam ingatan kami."

"Kami perlu lebih banyak pendapatan - kami cukup jelas tentangnya. Ini akan membolehkan kita untuk memperluaskan peruntukan jagaan kesihatan bagi penduduk yang menua. Dan kita boleh melakukannya dengan cara yang adil kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan," katanya.

"Mereka yang lebih mampu, mahu tidak mahu harus membayar lebih pada masa depan. Namun, kami ingin melaksanakannya dengan cara yang tidak menjejas daya saing kita.

SEBUAH EKONOMI DIGITAL BAGI ASEAN

Di sidang mengenai model pertumbuhan baru dalam landskap ekonomi yang berubah, Encik Tharman juga bercakap tentang "peluang besar" yang ditawarkan oleh gelombang baru inovasi kewangan di rantau ini.

DPM Tharman juga berkata beliau berpendapat visi ASEAN harus merangkumi sebuah ekonomi digital dengan rangkaian bandar-bandar bijak sebagai hab dalam ekonomi digital tersebut.

Masih banyak lagi yang harus diusahakan berhubung rangkaian bekalan rantauan. Oleh itu dengan mengubah rangkaian dan pasaran tersebut menjadi digital, negara-negara ASEAN dapat meraih faedahnya, menurut Encik Tharman.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita