Kenaikan gaji belum memadai untuk pikat bakat baru ceburi sektor khidmat sosial, kata para pekerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Langkah meningkatkan gaji para pekerja dalam sektor khidmat sosial yang akan berkuat kuasa bulan hadapan mungkin tidak cukup untuk memikat tenaga kerja baru, menurut beberapa pertubuhan.
Gaji para pekerja dalam sektor tersebut akan dinaikkan antara 4 peratus dengan 15 peratus mulai 1 April. Langkah itu dilaksanakan untuk mengekalkan bakat sedia ada, umum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemain industri menyatakan industri itu masih menghadapi stereotaip. Ia dianggap satu industri yang tidak sesuai bagi pekerjaan jangka panjang disebabkan faktor-faktor seperti kurangnya peluang untuk pembangunan kerjaya.
KADAR PUSING GANTI TINGGI
Kadar pusing ganti di pertubuhan bukan meraih untung, Dementia Singapore, meningkat sedikit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kadarnya naik daripada 14 peratus pada 2021 kepada 16 peratus tahun lalu.
Sepanjang tahun lalu, 60 peratus pekerja khidmat sosial yang berhenti merupakan kakitangan barisan hadapan. Mereka menjalankan sesi nyanyian bersama dan pendidikan seni kraf buat pesakit demensia.
Susutan pekerja mungkin disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat. Keadaan itu mungkin mendorong sesetengah pekerja untuk beralih kepada sektor-sektor yang menawarkan gaji lebih tinggi, menurut pertubuhan tersebut.
"Satu stigma yang biasa dihadapi adalah pekerjaan ini mungkin meletihkan individu dari segi emosi dan fizikal. Kedua, pekerjaan ini juga tidak membayar gaji yang begitu baik," kata Cik Tracy Kwan, Ketua Pegawai Sumber Manusia Dementia Singapore.
MEMIKAT TENAGA KERJA
Penolong Pengurus bagi ehwal masyarakat di Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), Anil Kiran Nair, berkata bahawa laluan kerjaya yang jelas mungkin menjadi sesuatu yang dapat menarik golongan muda seperti dirinya untuk menceburi sektor khidmat sosial.
"Saya rasa ada banyak salah tanggapan tentang menyertai pertubuhan seperti NVPC. Orang ramai berfikir bahawa tidak banyak peluang untuk meningkatkan diri dan pembelajaran," katanya.
Lantaran itu, NVPC sedang mencari cara lain untuk menarik dan mengekalkan bakat. Ini termasuk melaksanakan aturan kerja lebih fleksibel dan cuti bergaji tambahan bagi kakitangan yang setia.
Kadar pusing ganti pekerja lebih rendah sejak langkah-langkah itu tahun lalu, kata Cik Amy Teo, Pengarah Insani dan Perkhidmatan Korporat pusat tersebut.
"Kami cuba mencipta pengalaman yang menarik dan bermakna bagi kakitangan kami supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada sebab mereka sukakan pekerjaan mereka di NVPC."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.