Kenaikan gaji 2023 mungkin tidak sejajar kadar kenaikan kos sara hidup, kata pakar ekonomi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebilangan pakar ekonomi mengatakan para pekerja mungkin tidak akan melihat pertumbuhan sebenar pada gaji mereka tahun ini.
Pertumbuhan gaji sebanyak 6.5 peratus tahun lalu, iaitu yang tertinggi dalam sedekad, memberi tekanan kepada kos operasi perniagaan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang lebih ketat.
Dengan kadar inflasi lebih tinggi, para pakar percaya kenaikan gaji tahun ini mungkin tidak sejajar dengan kadar kenaikan kos sara hidup.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pertumbuhan gaji dijangka sederhana disebabkan keadaan perniagaan yang tidak menentu dan juga kelembapan ekonomi global.
Ia adalah sesuatu yang mungkin mengecewakan para pekerja, jika kadar inflasi terus meningkat.
"Sebilangan syarikat HR pada awal tahun ini, umumnya mengunjurkan pertumbuhan gaji nominal sekitar tiga hingga empat lebih peratus. Namun inflasi utama juga mungkin pada kadar bahagian lebih tinggi julat itu," kata Selena Ling, Ketua Pakar Ekonomi OCBC.
"Jadi sebenarnya, secara keseluruhan, saya rasa terdapat risiko yang anda mungkin menyaksikan lagi pertumbuhan gaji sebenar yang sangat mendatar atau mungkin negatif," tambahnya.
Sebarang pertumbuhan gaji juga dijangka tidak sama rata bagi semua sektor.
Beberapa sektor seperti kejuruteraan pengangkutan dan hospitaliti mungkin menyaksikan pertumbuhan.
Sektor-sektor lain sudahpun mula mengurangkan perbelanjaan.
Dengan gaji lebih tinggi dan dibelenggu masalah kekurangan tenaga kerja, perniagaan-perniagaan kini mencari huraian lain.
Contohnya bagi sektor pengeluaran, usaha pendigitalan akan semakin dipergiat dan banyak syarikat tempatan akan lebih bersedia mencuba penggunaan automasi.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.