Kemunculan pertama Le Le pikat tumpuan pelawat River Wonders
Para pengunjung ke River Wonders pada Khamis (30 Dis) mendapat satu kejutan yang cukup menyenangkan.
SINGAPURA: Para pengunjung ke River Wonders pada Khamis (30 Dis) mendapat satu kejutan yang cukup menyenangkan.
Mereka adalah antara yang pertama dapat melihat anak beruang panda, Le Le, di ruang khas untuknya di kandang Hutan Panda Raksasa.
Ruang tersebut dibuka kepada para pengunjung dua kali sehari, setiap kali selama setengah jam.
Ruang khas Le Le berukuran tujuh meter persegi itu dilengkapi rumput tiruan dengan dindingnya penuh gambar-gambar pohon bambu.
Terdapat juga alat mainan untuk bayi panda berlatih gerakan badannya.
Pelbagai langkah berhati-hati diambil supaya Le Le berasa sesuai dengan sekitaran yang baru. Ini termasuk cahaya daripada lampu sorot yang dipasang agar para pengunjung dapat melihat anak beruang panda itu dengan jelas.
Ruang khas tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Mandai Park Holdings, Encik Tan Chuan Jin, bersama Duta Besar China ke Singapura, Encik Hong Xiayong.
Berusia empat bulan setengah, Le Le kini seberat lebih sembilan kilogram dan sudah mula cuba mengunyah daun bambu.
Barisan panjang kelihatan sejurus selepas ruang pameran Le Le dibuka kepada para pengunjung siang tadi.
Ramai yang ghairah untuk melihat serta merakamkan gambar bayi panda itu.
Le Le akan kekal di dalam ruang khas itu selama setengah jam, dua kali sehari. Jika tidak, ia akan bersama ibunya, Jia Jia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.