Skip to main content

Singapura

Kemudi 'keadaan tidak menentu dan tidak stabil' dengan berhati-hati: Presiden Halimah

"Keadaan tidak menentu dan tidak stabil" yang perlu ditangani Singapura pada 2019 akan "semakin hebat" dan negara ini perlu mengemudinya dengan berhati-hati untuk penakatannya, menurut Presiden Halimah Yacob dalam pesanannya sempena Tahun Baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Dec 2018 06:33PM Dikemas Kini : 31 Dec 2018 11:18PM

SINGAPURA: "Keadaan tidak menentu dan tidak stabil" yang perlu ditangani Singapura pada 2019 akan "semakin hebat" dan negara ini perlu mengemudinya dengan berhati-hati untuk penakatannya, menurut Presiden Halimah Yacob dalam pesanannya sempena Tahun Baru.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini (31 Dis), Presiden Halimah menambah: "Kita hanya boleh melakukan demikian jika kita kekal bersatu, bersepadu dan teguh."

Buat dirinya secara peribadi, Puan Halimah berkata 2018 merupakan "tahun yang amat sibuk dan memberinya kepuasan". Beliau juga merakamkan penghargaan kepada warga Singapura atas sifat pemurah mereka dalam menyokong pelbagai tujuan kebajikan, terutamanya golongan muda.

"Saya mendapat banyak inspirasi dan motivasi daripada ramai orang yang saya temui semasa lawatan-lawatan saya," kata Presiden Halimah yang turut menambah bahawa beliau akan terus berusaha mendekati dan mendampingi lebih ramai rakyat Singapura pada tahun akan datang.

Beliau juga mengundang warga Singapura untuk menyertai pelbagai acara yang dirancang sempena menyambut ulang tahun Istana yang ke-150.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita