Kemudahan Thermo Fisher Scientific mampu hasilkan ubat dengan pantas; tingkatkan keupayaan vaksin SG & rantau ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kemudahan menghasilkan ubat-ubatan dengan pantas dibuka di Singapura, bagi meningkatkan keupayaan vaksin bagi Singapura dan rantau ini.
Kilang yang menelan belanja AS$130 juta (S$175 juta) itu dikendalikan syarikat pengeluar peralatan perubatan Thermo Fisher Scientific.
Ia dibangunkan dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ekonomi, EDB.
Kemudahan tersebut menjalankan proses tahap akhir, melibatkan langkah kritikal dalam pengeluaran vaksin dan ubat-ubatan agar selamat digunakan.
Semasa merasmikan kilang tersebut, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, pandemik COVID-19 mendedahkan betapa pentingnya daya tahan rantaian bekalan.
Tambah beliau, industri bioperubatan merupakan anak kunci bagi menangani cabaran kesihatan, dan kemudahan terbaru itu dapat melengkapi pengeluaran vaksin tempatan.
"Ini bakal memanfaatkan bukan saja Singapura, tetapi rantau Asia Pasifik yang lebih luas, dalam usaha menangani krisis kesihatan masa depan.
"Jika anda ingat, walaupun semasa puncak pandemik, Singapura pastikan perdagangan berterusan serta membantu pergerakan lancar barangan kritikal seperti vaksin dan kit-kit ujian. Kami akan terus memainkan peranan positif bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan global serta kesejahteraan orang ramai di merata dunia," kata DPM Heng.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.