Kemudahan sukan uji langkah jarak selamat menjelang Fasa 2 pembukaan semula
Kemudahan sukan seperti gim, kompleks kolam renang dan studio senaman, akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai Jumaat ini (19 Jun) selepas lebih dua bulan ditutup. Bagaimanapun para pengunjung harus menyesuaikan diri dengan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan.
SINGAPURA: Kemudahan sukan seperti gim, kompleks kolam renang dan studio senaman, akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai Jumaat ini (19 Jun) selepas lebih dua bulan ditutup.
Bagaimanapun para pengunjung harus menyesuaikan diri dengan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan.
Di semua kemudahan gim SAFRA, para pengunjung harus mendaftar masuk dan keluar menggunakan SafeEntry serta mematuhi langkah jarak selamat seperti yang ditetapkan garis panduan rasmi.
Oleh itu, semua peralatan untuk bersenam akan dijarakkan satu meter dan dibersihkan dengan lebih menyeluruh, empat kali sehari.
Di cawangan Punggol, alat pelindung antara mesin-mesin kardio sedang diuji pakai.
Jika berkesan, ia juga akan diletakkan di cawangan yang lain.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.