Kemudahan simulasi isyarat di semua laluan MRT jelang hujung 2023
Menjelang penghujung 2023, kesemua laluan MRT sedia ada akan mempunyai akses kepada keupayaan simulasi isyarat termasuk Laluan Timur Laut dan Laluan Circle.

Gambar fail stesen MRT Hougang. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Menjelang penghujung 2023, kesemua laluan MRT sedia ada akan mempunyai akses kepada keupayaan simulasi isyarat termasuk Laluan Timur Laut dan Laluan Circle.
Kemudahan tersebut menawarkan wadah bagi para jurutera menguji dan memperbaiki keandalan rel tanpa mengganggu khidmat penumpang.
Kemudahan simulasi isyarat di Depot Gali Batu di Laluan Downtown akan siap menjelang hujung tahun ini.
Untuk Laluan Thomson-East Coast, ia akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan.
Kemudahan serupa untuk laluan timur laut akan ditempatkan di Depot Sengkang manakala bagi Laluan Circle, ia bakal beroperasi di Depot Kim Chuan.
Kesemuanya dijangka siap menjelang penghujung 2022.
Kemudahan simulasi serupa juga dirancangkan bagi kesemua laluan rel seperti Daerah Jurong.
Menurut Kementerian Pengangkutan, ia merupakan sebahagian langkah-langkah untuk meningkatkan keandalan rel Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.