Kemudahan riadah, santai & pemulihan baharu SG bernilai S$1 bilion dijangka cipta 400 pekerjaan
Sebuah destinasi kesejahteraan baharu bernilai S$1 bilion yang dijangka merubah landskap pelancongan Singapura akan dibuka pada 2030.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah destinasi kesejahteraan baharu bernilai S$1 bilion yang dijangka merubah landskap pelancongan Singapura akan dibuka pada 2030.
Dipanggil Therme Singapore, kemudahan seluas lebih sembilan padang bola sepak itu, dijangka memperkukuh lagi kedudukan negara sebagai sebuah hab pelancongan terkemuka.
Pemiliknya, Therme Group, menjalinkan kerjasama dengan Institut-Institut Pengajian Tinggi untuk menyokong pembangunan tenaga kerja.
Pusat tarikan itu dijangka mencipta sekitar 400 pekerjaan baharu termasuk teknisyen dan pakar sauna.
Terletak di Marina South, pusat tujuh tingkat itu akan menampilkan lebih 20 kolam tertutup dan terbuka. Ia juga akan dilengkapi dengan 18 gelongsor air sepanjang lebih 1.8 kilometer.
Selain itu, kemudahan kemudahan tersebut juga akan menempatkan lebih 70 bilik rawatan kesejahteraan.
Syarikat di sebalik pusat berkenaan mahu mewujudkan satu bentuk prasarana sosial baharu yang menerapkan kesejahteraan dalam kehidupan di bandar.
Destinasi itu akan dibahagikan kepada zon-zon khusus yang memberi tumpuan kepada riadah, santai dan pemulihan untuk keluarga, golongan karyawan serta warga emas.
"Therme Singapore akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab untuk pelancongan, kesihatan dan inovasi bandar di Asia.
"Asia merupakan destinasi pelancongan yang berkembang pesat, dan dijangka menerajui pertumbuhan perjalanan dan pelancongan di dunia sepanjang dekad akan datang. Singapura berada dalam kedudukan yang baik untuk merebut peluang ini.
"Dengan membangunkan daya tarikan tersendiri yang bermutu tinggi dan sentiasa menyegarkan pengalaman pelancongan kami, kami boleh mengukuhkan daya tarikan kami untuk menarik kumpulan pelancong yang semakin meningkat," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan merangkap Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu.
Sehubungan itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Therme Group, Robert Hanea, berkata Singapura merupakan lokasi strategik bagi syarikat itu mengembangkan operasinya untuk jangka panjang.
"Anda punya negara yang luar biasa dan anda punya negara yang mengalu-alukan semua orang, dan ia begitu sangat terhubung, sangat berpendidikan, pekerjanya di negara ini.
"Semua itu pertimbangan sangat penting kerana jika anda menubuhkan sebuah HQ (ibu pejabat), atau membina projek dengan skala kami, anda tidak memikirkan tentang tahun.
"Anda memikir tentang dekad dan anda mahu tempat atau perniagaan anda di tempat yang anda boleh melihatnya berkembang pada dekad selanjutnya," kata Encik Hanea.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.