Kemudahan Rawatan COVID-19 kedua dibuka di Singapore Expo
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Tenaga Manusia)
SINGAPURA:Kemudahan Rawatan COVID-19 kedua Singapura dibuka di Singapore Expo pada Sabtu (16 Dis).
Kemudahan sedemikian boleh menerima pesakit yang tidak memerlukan jagaan rapi di hospital.
Ia bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi pihak hospital.
Purata kemasukan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada 350 berbanding 225 setiap hari pada minggu sebelumnya.
Kakitangan di kemudahan tersebut berkata mereka menjangkakan kira-kira 10 pesakit pada Sabtu.
Namun, ia bergantung kepada sama ada hospital yang merawat pesakit tersebut mengesahkan mereka stabil dan sihat untuk dipindahkan.
Sejak ia dibuka pada pukul 2.00 petang, empat ambulans tiba di hospital dalam dalam tempoh tiga jam.
Para pesakit tersebut dijangka berada di sana secara purata empat hingga tujuh hari.
Kebanyakan kakitangan di kemudahan tersebut berasal dari sektor jagaan kesihatan privet, yang bersedia untuk dikerahkan ke sana, jika perlu.
Lebih ramai kakitangan jagaan kesihatan akan dikerahkan jika lebih ramai pesakit tiba di kemudahan itu.
Buat masa ini, kemudahan tersebut boleh menampung 40 pesakit.
Kemudahan rawatan COVID-19 lain di Hospital Crawfurd juga boleh menampung 40 pesakit.
Namun, seperti dahulu, kemudahan tersebut di Expo boleh diluaskan untuk menerima lebih 100 pesakit jika perlu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.