Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan rawatan baru COVID-19 untuk kanak-kanak, warga emas dibuka di Ekspo Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2022 06:56PM Dikemas Kini : 14 Feb 2022 10:40PM

SINGAPURA: Lebih banyak ruang kini disediakan bagi kanak-kanak yang sedang pulih daripada jangkitan COVID-19.

Sebuah pusat rawatan COVID-19 mula beroperasi di Dewan Ekspo Singapura 9 pada Isnin(14 Feb).

Kemudahan hibrid yang pertama di Singapura itu, dikhususkan untuk kanak-kanak dan warga tua

Pusat kemudahan rawatan itu kelihatan seperti sebuah bilik hotel tetapi ia sebenarnya sebuah Kemudahan Rawatan COVID-19 bagi kanak-kanak.

Terdapat sekitar 600 katil bagi kanak-kanak dan para penjaga mereka untuk beransur pulih selepas diuji positif COVID-19.

Bilik-bilik di pusat rawatan itu dilengkapi dengan kegiatan bagi kanak-kanak dan makanan ringan kegemaran mereka.

Kanak-kanak ataupun penjaga mereka boleh menghubungi talian kecemasan jika keadaan mereka menjadi teruk.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata bahawa, virus Omicron lebih berkemungkinan menjangkiti kanak-kanak berbanding varian Delta. Namun mereka yang dijangkiti,tidak mengalami gejala teruk. Pusat kemudahan itu dapat menyediakan tempat untuk kanak-kanak beransur pulih secara aman.

Buat masa ini, kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak adalah tertinggi berbanding semua kumpulan usia di Singapura.

Kadar jangkitan koronavirus itu bagi mereka yang berusia antara lima hingga 11 tahun adalah sekitar 67 bagi setiap 100,000 penduduk.

Kemudahan baru itu juga menyediakan lebih 220 katil khusus bagi pesakit warga tua.

Ekspo kini menjadi kemudahan rawatan COVID-19 yang terbesar di Singapura, dengan menempatkan lebih 2,500 katil.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan