Kemudahan pratuang baharu bantu sokong projek BTO akan datang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: desmond.lee/Instagram)
SINGAPURA: Projek-projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan datang di seluruh Singapura akan disokong oleh hab pembinaan dan pasang siap bersepadu yang baharu.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata hab-hab sedemikian boleh menghasilkan komponen untuk bahagian rumah seperti tempat perlindungan serta bilik air.
Beliau menambah peralihan kerja pembinaan kepada kemudahan sedemikian juga akan memberi insentif dengan kadar levi yang lebih rendah untuk pekerja hijrahan yang tinggal di luar tapak binaan, yang akan bermula tahun depan.
Loji baru oleh Hong Leong Asia dan Sunway Construction Group Malaysia mempunyai sebuah sistem gudang robotik yang menyimpan dan mendapatkan semula komponen-komponen binaan serta sebuah sistem jejaring batang besi keluli.
Sistem-sistem tersebut boleh meningkatkan daya penghasilan dan berpotensi menyokong pembinaah hartanah kediaman di Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Asia Ho Kiam Kong berkata: "Kelebihan kemudahan ini adalah anda dapat menjimatkan masa dan anda juga boleh mengurangkan keperluan tenaga kerja serta juga boleh meningkatkan daya penghasilan sehingga 80 peratus. Kami berharap ini boleh menjadi model untuk masa hadapan dan ia boleh mendatangkan kecekapan serta pada masa yang sama, mempercepatkan pembinaan flat-flat HDB."
Kemudahan itu adalah yang keenam di Singapura dan yang terbesar seumpamanya. Ia boleh menghasilkan 100,000 meter padu komponen pratuang setiap tahun iaitu mencukupi untuk membina sekitar 17 blok flat HDB.
Berucap pada pembukaan kemudahan itu, Encik Lee berkata automasi sedemikian membolehkan para pekerja untuk beralih daripada pekerjaan yang lebih menuntut daya tenaga fizikal kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji lebih baik.
Ia juga akan menarik bakat muda dengan lebih baik.
"Penggunaan automasi dalam Hab Pembinaan dan Pasang Siap Bersepadu (ICPH) juga mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan menyenangkan untuk jurutera serta pekerja pengilangan kami. Sebagai contoh, pekerja berkemahiran boleh mengawal dan memantau peralatan yang menjalankan tugas yang lebih fizikal, di dalam sebuah bilik kawalan yang bersih dan berhawa dingin," kata Encik Lee.
Encik Lee menambah bahawa hab sedemikian juga akan membantu Singapura menangani gangguan kepada rantaian bekalan.
"Membina keupayaan ICPH telah membolehkan kami menghasilkan pengeluaran komponen penting secara tempatan. Ini menjadikan rantaian bekalan kami lebih berdaya tahan supaya kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan walaupun import terganggu," tambahnya.
Pada masa hadapan, Singapura menjangkakan permintaan pembinaan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta akan kekal stabil.
Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan lebih banyak flat BTO serta prasarana awam seperti kerja MRT dan loji rawatan air.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.