Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan pertama sukan kayak bagi golongan berkerusi roda di Kolam Air Bedok

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jun 2023 05:52PM Dikemas Kini : 26 Jun 2023 12:39AM
SINGAPURA: Aktiviti kayak kini boleh diakses semua di kemudahan sukan air, yang dirombak di timur Singapura.

Kemudahan di Passion Wave, Kolam Air Bedok adalah yang pertama dilengkapi tapak pelancaran kayak bebas hadangan.

Ini bermakna, mereka yang berkerusi roda juga boleh ikut berkayak.

Persatuan Rakyat (PA) merancang membina tapak-tapak serupa di kemudahan sukan air kendaliannya yang lain.

Terdapat tanjakan bagi mereka yang berkerusi roda untuk mendekati dek tempat pelancaran kayak.

Ada juga bangku bagi memudahkan mereka untuk masuk ke dalam kayak.

Turut tersedia ialah tempat pemegang supaya mudah ke dalam air.

Premis yang dinaik taraf itu dilancarkan bersama oleh Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Eric Chua, serta ikon renang negara Yip Pin Xiu.

ALAT SIMULATOR BAGI SUKAN BOT NAGA

Turut tersedia alat simulator untuk sukan bot naga.

Ia juga membolehkan latihan dijalankan semasa cuaca buruk.

Selain sukan air, pusat tersebut turut menawarkan kegiatan kraftangan serta program kesejahteraan.
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan