Kemudahan pengilangan galium nitrat baharu rangsang sektor semikonduktor SG
Anggaran Waktu Membaca:
Dr Tan See Leng (tengah) lawat Pusat Terjemahan dan Inovasi Semikonduktor Kebangsaan bagi kemudahan galium nitrat.
SINGAPURA: Singapura melancarkan kemudahan pengilangan galium nitrat yang baharu pada Khamis (26 Jun), dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam arena semikonduktor global.
Pusat Terjemahan dan Inovasi Semikonduktor Kebangsaan (NSTIC) untuk Galium Nitrat – atau NSTIC (GaN) – akan menumpukan perhatian kepada bahan semikonduktor baru muncul, galium nitrat, yang penting untuk pembangunan komunikasi 5G dan 6G serta sistem satelit.
Kemudahan itu bertujuan untuk membantu firma dan penyelidik menukar cip kecil menjadi teknologi berimpak tinggi untuk pasaran global dengan menawarkan perkhidmatan seperti penyelidikan dan pembangunan serta pengilangan wafer.
Berucap di majlis pelancarannya, Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains & Teknologi, Dr Tan See Leng, berkata ia akan menjadi kemudahan pertama di Singapura yang mempunyai kedua-dua barisan pengilangan wafer galium nitrat 6-inci pada silikon karbida dan galium nitrat 8-inci pada silikon.
"Ini akan meletakkan Singapura dalam kalangan beberapa hab global yang mampu menghasilkan semikonduktor canggih yang akan menggerakkan keperluan komunikasi masa depan – mengukuhkan daya bingkas negara dan meningkatkan daya saing global kita," tambahnya.
Dr Tan menyatakan bahawa kedua-dua barisan pengilangan itu akan membolehkan kemudahan tersebut memenuhi pelbagai penggunaan dengan tahap kerumitan dan spesifikasi yang berbeza, daripada produk pengguna biasa hingga komunikasi satelit canggih.
"Ini akan menyokong spektrum pasaran yang luas, daripada syarikat permulaan kepada SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dan MNC (Syarikat Berbilang Negara), dalam perjalanan inovasi mereka," tambahnya.
Dr Tan berkata mulai pertengahan 2026, NSTIC (GaN) juga akan meningkatkan skopnya dengan menawarkan khidmat faundri komersil. Pelajar dan penyelidik akan mendapat pengalaman praktikal bekerja dengan bahan berprestasi tinggi sedemikian, katanya, sambil menyatakan ia akan membantu membina saluran bakat berkemahiran untuk menggerakkan keupayaan masa depan Singapura dalam teknologi galium nitrat.
APA ITU GALIUM NITRAT?
Galium nitrat terbentuk daripada gabungan unsur galium dan nitrogen menjadi struktur seperti kristal. Bahan itu boleh beroperasi pada voltan yang lebih tinggi dan menjana haba rendah berbanding semikonduktor silikon tradisional. Ciri-ciri sedemikian menjadikannya komponen penting untuk komunikasi 5G dan 6G, serta sistem satelit, yang akan membantu membawa masuk era baharu elektronik yang cekap dan berprestasi tinggi.
Permintaan untuk sistem sedemikian dijangka meningkat kepada AS$2.7 bilion (S$3.4 bilion) menjelang 2028, kata Dr Tan.
Profesor Ng Geok Ing, pengarah eksekutif NSTIC (GaN), menyatakan bahawa walaupun galium nitrat dua hingga tiga kali lebih mahal daripada silikon pada masa ini, ia dijangka akan lebih berdaya saing dari segi harga dalam tempoh lima tahun lagi setelah mencapai skala ekonomi.
KURANGKAN KOS PERNIAGAAN
Pemilik syarikat pemula juga berkata faundri komersil itu akan membantu mereka menjimatkan kos operasi. Harga galium sudah meningkat ke paras tertinggi sejak 2011 selepas China, yang menyumbang 98 peratus pengeluaran galium global, mengharamkan eksport mineral kritikal itu ke Amerika Syarikat tahun lalu, antara elemen nadir bumi lain.
Dr Sunil Wickramanayaka, ketua pegawai eksekutif WaferLead, memberitahu Mediacorp bahawa syarikat pemulanya boleh menjimatkan antara S$6 juta hingga S$10 juta dalam pelaburan modal menerusi kerjasama dengan NSTIC (GaN).
"Jika anda ingin membuat pengeluaran dalam jumlah tinggi di Singapura, anda memerlukan modal yang besar. Terima kasih kepada program NSTIC (GaN) ini, kami boleh berkongsi beberapa peralatan, jadi kami tidak perlu membelinya," katanya. Beliau menambah ia juga akan membantu melancarkan produk mereka secara komersil.
Profesor Ng berkata pusat itu juga akan meningkatkan daya tahan Singapura dalam arena semikonduktor dengan membangunkan keupayaannya di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan global. Beliau menambah ia sangat membantu jika Singapura mampu menghasilkan bekalan bahan semikonduktor sendiri melalui kemudahan itu.
"Baru-baru ini dengan situasi global gangguan rantaian bekalan, (adalah baik untuk Singapura) mempunyai teknologi ini untuk mengurangkan isu rantaian bekalan (ini)," kata Profesor Ng.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.