Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan pengilangan baru bernilai S$140 juta dibina jelang 2024; wujudkan 300 pekerjaan

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Pall Corporation, akan membina kemudahan pengilangan di Singapura bernilai S$140 juta bagi menyokong keperluan industri semikonduktor di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2022 08:38PM Dikemas Kini : 30 Aug 2022 10:24PM
SINGAPURA: Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Pall Corporation, akan membina kemudahan pengilangan di Singapura bernilai S$140 juta bagi menyokong keperluan industri semikonduktor di rantau ini.

Kilang itu akan membekalkan huraian-huraian penurasan yang digunakan dalam industri semikonduktor. Ia dijangka mewujudkan 300 pekerjaan baru.

Presiden Pall Corporation Naresh Narasimhan berkata syarikat itu tertarik dengan asas kukuh di Singapura dari segi tahap pendidikan, logistik dan betapa mudahnya berurus niaga di sini.

Apabila siap dibina pada awal 2024 kelak, kemudahan tersebut dijangka menggandakan kapasiti pengilangan Pall Corporation.

Semasa upacara pecah tanah kilang itu hari ini (30 Ogos), Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan mengulas tentang harapan pertumbuhan jangka panjang sektor semikonduktor sejagat.

Beliau menyifatkannya sebagai antara industri paling kukuh dalam persekitaran makroekonomi yang bergolak.

"Hasil pengilangan kita adalah lebih 22 peratus GDP (hasil kasar dalam negeri). Sektor semikonduktor, pengeluaran semikonduktor elektronik adalah 7 peratus GDP, lebih tinggi daripada sektor ICT serta sektor profesional dan kita bertekad untuk membina momentum ini. Kita bertekad untuk menarik pelaburan baru yang boleh meluaskan kepimpinan Singapura dalam sektor ini dan memainkan peranan dalam dunia," katanya.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan